Famili

Ketahui Rahsia Di Sebalik Kekuatan Cium Tangan & Kucup Kening Pasangan!

69
SHARES

Perbuatan suami mengucup kening isteri dan isteri mencium tangan suami, sudah begitu sinonim dan menjadi rutin dalam sebuah perhubungan yang halal. Tidak dapat dinafikan perbuatan ini juga telah menerbitkan rasa sesuatu yang sukar diungkapkan dalam jiwa sanubari si pelaku.

Melalui perkongsian yang bermanfaat dari Doktor Amirul Amin, terdapat beberapa sebab kenapa tingkah-laku tersebut memberi kesan mendalam kepada pasangan dan mengapa ia mesti tangan dan kening dijadikan tempat untuk dicium.

Baca juga: Jangan Mudah Cop Kawan ‘Single’ Tiada Jodoh, Ini Sebabnya Kenapa…

RAHSIA KEKUATAN CIUM TANGAN & CIUM KENING

Gambar hiasan: BackToJannah.

Tahukah anda… Kenapa lelaki mesti mencium kening isteri dan isteri mesti mencium tangan suaminya?

Bahawa semangat dan ketenangan lelaki itu terletak pada kening isterinya. Lalu sumber ketenangan dan kekuatan perempuan itu ada pada tangan suaminya.

Mengucup kening isteri atau mencium tangan suami, hakikatnya sebuah simbol dari satu hal paling mahal dalam hubungan suami isteri.

“Apa itu?” “Saling percaya”.

JANGAN MENILAI IA ADALAH KELAKUAN BERAHI…

Jangan menilai bahawa yang mendorong suami mengucup kening isterinya itu kerana berahi.

Seorang suami mengucup kening isteri adalah cara dirinya mendapat ketenangan. Dan perempuan mencium tangan lelaki bukan semata tentang siapa yang lebih tinggi darjatnya, tapi itu adalah tanda bahawa keikhlasan yang menuntunnya.

Kerana perempuan juga tahu, di tangan suaminya ada redha Allah.

INI SEBAB KENAPA IA MESTI KENING ATAU TANGAN

Kenapa mesti kening atau tangan?

Gambar hiasan: DatingrooAustralia.

1. MENGUCUP KENING ISTERI WAHAI SUAMI

Kening perempuan adalah sumber ketenangan dan semangat bagi suami, kerana kening adalah saksi dari ketaatan pada Allah. Keninglah, perantaraan tunduk makhluk pada Penciptanya.

Keninglah bahagian tubuh pertama yang mengaku, bahawa Allah adalah Maha Tinggi. Sementara diri adalah rendah. Keninglah yang bersujud.

Kening berada paling bawah, sebagai simbol bahawa tiada yang lebih tinggi daripada Allah. Padahal kening adalah bahagian tubuh kita yang paling tinggi.

Maka pada kening perempuanlah Tuhan hembuskan sumber ketenangan. Maka tak heran jika suami akan merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya.

2. MENCIUM TANGAN SUAMI WAHAI ISTERI

Gambar hiasan: Freepik.com.

Lalu, apakah sama kondisinya dengan tangan suami yang dicium isteri?

Ada doa yang dia panjatkan di tangan suami. Semata meletakkan doa disana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja untuk orang-orang yang dicintai dan disayanginya.

Melalui ciuman yang diletakkan di tangan suami, seorang isteri menitipkan doa agar Allah menjaga tangan suami untuk menjaga kasih sayangnya dan tak mengambil yang bukan haknya.

Tangan suami adalah kekuatan untuk berlindung. Ya Allah jagalah suami dari rezeki yang haram dan untuk selalu sayang pada ku atas Robb nya.

Hamba Allah.

Sumber: Facebook Dr. Amirul Amin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×