Didik

Jangan Mudah Cop Kawan ‘Single’ Tiada Jodoh, Ini Sebabnya Kenapa…

44
SHARES

Baik kaum kerabat mahupun sahabat, pasti ada saja terbit persoalan mengenai jodoh kepada individu yang masih belum berkahwin. Mungkin kerana, sifat sayang dan khuatir yang wujud kadangkala, tanpa sedar telah melangkahi batasan sehingga melukai hati orang lain.

Wahai sahabat, usah terlalu merasa bimbang kerana mereka yang masih ‘single’ bukannya tiada jodoh tetapi belum ada jodoh lagi. Bak nasihat dari Dato’ Doktor Haji Mohd Fazdilah Kamsah, bersederhanalah dalam bersahabat dan jangan terlalu berlebihan.

Baca juga: “Curang Adalah Satu Pilihan, Bukan Satu Kesilapan” – Cepat Buang Rasa Ini Bila Dah Terleka…

MEREKA BUKAN TIADA JODOH TAPI BELUM ADA JODOH

Gambar hiasan: Shutterstock.

Hari ini, jangan kita cop orang yang masih single ini adalah mereka yang takda jodoh. Mereka bukan tiada jodoh tetapi belum ada jodoh.

Jodoh inikan semuanya dalam rahsia Allah SWT. Kita tidak berhak untuk menghukum atau berprasangka atau kehidupan orang lain.

Zaman hari ini, jika kita masih sibuk dengan melihat hidup orang lain, itu maknanya hidup kita sudah takda erti lagi. Kita lihat dia masih sendiri, hidup dalam kesunyiaan, walhal sebenarnya, orang itu ada fokus dan tanggungjawabnya.

Mungkin dia belum berfikir untuk kahwin sebab fokus kerjaya dan memikir masa hadapan yang lebih cerah. Setiap orang ada matlamat hidup berbeza-beza, namun hujungnya semua nak bahagia.

Dia bahagia dengan cara dia. Kita bahagia dengan cara kita. Kan harmoni begitu.

BERSEDERHANA DALAM BERSAHABAT, JANGAN TERLALU BERLEBIHAN…

Gambar hiasan: Freepik.com

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Jauh di dasar hati kita, kita mungkin peduli pada kawan-kawan kita. Kita risau hidup mereka. Itu hal bagus. Cumanya janganlah terlalu berlebihan.

Jangan terlalu sibuk memikir apa yang dia rasa sehingga sedar tak sedar kita jadi orang yang menghukum dan nak mereka ikut cara kita.

Bersederhana dalam bersahabat. Jika sayang dan peduli pada sahabat yang masih belum berpunya, doakan sahaja mereka supaya bertemu jodoh tepat pada masanya.

Doakan kebahagiaan mereka itu lebih besar hari demi hari.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Jodoh akan sampai bukan ikut umur kita tetapi ikut masa yang telah Allah tetapkan.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×