Famili

“Curang Adalah Satu Pilihan, Bukan Satu Kesilapan” – Cepat Buang Rasa Ini Bila Dah Terleka…

23
SHARES

Curang adalah satu pilihan, bukan satu kesilapan.”

Jika difikirkan, ada benarnya ayat ini, seperti mana yang disampaikan oleh Dato’ Doktor Haji Mohd Fadzilah Kamsah di dalam penulisan beliau di laman sosialnya.

Curang memberi impak yang besar dalam keharmonian rumah tangga. Kepercayaan yang dibina boleh hilang dalam sekelip mata walaupun, pasangan yang melakukan perbuatan curang itu sudah berubah tapi hati yang dicurangi tetap terdetik berasa sangsi.

Baca juga: Wahai Para Isteri Yang Kuat Merajuk, Anda Kena Buat 10 Perkara Ini Supaya Kurang Rasa Nak Merajuk 24 Jam!

CURANG ADALAH SATU PILIHAN, BUKAN SATU KESILAPAN

Gambar hiasan: Stefamerpik – Freepik.com

Ada satu masa itu, kamu akan diuji dengan kesempurnaan, kebaikan orang lain. Masa itu kamu tak fikir dah tentang pasangan dan keluarga kamu.

Yang ada dalam fikiran kamu dan orang itu,

“Kenapalah kita ni tak jumpa awal-awal?”

“Hanya you je faham apa i rasa.”

“I tak boleh lupa you sejak kita mula jumpa.”

Macam-macam lagi ayat dan alasan bila sudah di mabuk cinta. Jika sudah ada bibit-bibit ini dalam hidup kamu, cepat-cepat tampar diri sendiri.

HANYA NAMPAK 1 ‘KESEMPURNAAN’ DIA NAMUN DI SEBALIK ITU…

Gambar hiasan: Tirachardz – Freepik.com

Ingatlah, kamu hanya nampak satu ‘kesempurnaan’ dia, di sebalik itu ada 7,8,9 bahkan mungkin 100 ‘ketidaksempurnaan’ yang belum terlihat.

Bayangkan jika pasangan kamu menyedari kamu sedang ada orang lain di belakangnya.

Hari ini, mungkin kamu selamat. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Paksa diri kamu untuk melupakan ‘teman rapat’ kamu itu. Kembalilah pada rumah tangga yang kamu bina.

Jika kamu nampak keburukan pasangan kamu saat ini, jangan terus nak ubah dia. Tetapi ubahlah dirimu terlebih dahulu.

Jika baik budi pekertimu, maka pasangan sendiri turut berubah.

Peringatan ini Tok Abah sajikan baik para suami mahupun para isteri, kerana zaman ini banyak kes sudah tak tertumpu pada para lelaki sahaja yang main kayu tiga.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

” #CURANGITUPILIHANBUKANTAKDIR “

Menjengah di ruangan komen, ternyata dalam kalangan netizen memang sependapat dengan perkongsian nasihat dari beliau yang turut digelar sebagai Tok Abah.

Dan ia curang itu pilihan bukan takdir. Diri sendiri yang memilih dan diri sendiri yang lebih mengetahui perbuatan yang baik dan buruk. Tepuk dada tanyalah selera.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×