Famili

Wahai Para Isteri Yang Kuat Merajuk, Anda Kena Buat 10 Perkara Ini Supaya Kurang Rasa Nak Merajuk 24 Jam!

13
SHARES

Orang kata merajuk itu tandanya sayang tapi kalau dah sampai semua perkara nak dirajukkan, apa nak jadi? Terutamanya, wanita bergelar isteri yang hanya segelintir mereka memiliki sifat kuat merajuk, berpada-padalah dan biar kena pada tempatnya.

Bukan nak melarang diri dari merajuk tetapi suami juga mempunyai perasaan. Khuatir nanti perkara kecil yang dirajukkan boleh mengundang perbalahan yang besar. Banyakkan muhasabah diri. Justeru itu, sekiranya anda memiliki sifat yang kuat merajuk apa kata lakukan 10 perkara ini seperti yang disarankan oleh Dato’ Doktor Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Baca juga: Isu Saiz Payudara Jadi Sensasi Timbul Rasa ‘Insecure’ Dengan Suami, Ini Penjelasan Doktor Izzat!

10 PERKARA PERLU LAKUKAN UNTUK ISTERI YANG KUAT MERAJUK

Gambar hiasan: Stefamerpik – Freepik.com

Para isteri yang kuat merajuk kena buat 10 perkara ini:

1. KENAL PASTI PUNCA MARAH

Kenal pasti punca yang menyebabkan kamu marah. Adakah sebenarnya kamu terlalu sensitif, tertekan, rasa tidak dihargai, rasa di ambil hak atau apa.

Selepas mengetahui punca, mudah kita cari jalan penyelesaiannya.

2. PENUHI SEGALA SURUHAN ALLAH SWT

Kena memenuhi segala suruhan Allah SWT. Buat apa yang Dia redha dan jauhi apa yang Dia larang. Jika hubungan kita dengan Allah dijaga dengan baik, Inn sha Allah hubungan kita dengan suami juga lebih baik.

3. BUAT PERATURAN DI RUMAH

Apabila suami marah, kita berdiam dan bersabar. Apabila kita pula marah, suami berdiam, sabar dan cuba pujuk kita.
Mengalah tanda orang itu hebat dan matang.

4. UBAT HATI SELALU MARAH & MERAJUK DENGAN AMALAN KEROHANIAN

Gambar hiasan: Faizaminudin – Freepik.com

Ubat hati yang selalu marah dan merajuk ini dengan solat taubat, istighfar, baca Al-Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang, kongsi rezeki dengan kawan-kawan dengan cara belanja makan.

5. CEMBURU BIAR BERPADA-PADA

Cemburu itu sifat orang yang beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami rasa serba salah dan tertekan.

Apabila timbul saja rasa cemburu ini, terus minta Allah selamatkan rumah tangga kita dan kurangkan rasa cemburu ini agar berpada-pada.

6. LAKUKAN AMALAN HARIAN INI

Amalan harian terbaik yang isteri solehah boleh lakukan adalah solat taubat, istighfar 70 kali, solat hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran tetangga kita.

7. REDAKAN MARAH SUAMI DENGAN BERHIKMAH

Redakan marah suami dengan berhikmah. Jangan terus menjawab walaupun kamu rasa betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda.
Rumah tangga jadi hancur apabila suami isteri sama-sama ego.

8. PENUH HEMAH BILA BERSAMA SUAMI

Gambar hiasan: Tirachardz – Freepik.com

Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, cakap yang baik-baik dan sentuh dengan mesra ketika kalian nak pergi kerja dan balik kerja.

9. ELAK JADI ISTERI ‘QUEEN CONTROL’

Elakkan daripada menjadi queen control. Jangan membelakangkan suami untuk apa juga tindakan. Perlu sentiasa rujuk dan minta pandangan suami sebagai tanda kamu menghormatinya.

10. JAGA RAHSIA SUAMI

Jagalah rahsia suami. Ada isteri tanpa sedar tercerita keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini salah dan berdosa besar.

Para isteri yang Tok Abah sanjungi,

Jadilah isteri yang solehah dan taat pada suami tersayang. Jika dia ada kelemahan, perbaiki sama-sama. Jangan pernah marah dan selalu merajuk kerana akhirnya suami akan penat dan cepat bosan.

Kena saling bertoleransi dan membina keharmonian dalam rumahtangga ya. Jadilah isteri solehah.

 

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×