Suami Isteri

Elak Tergelincir Semasa Mandi Bersama, Mama Papa Ini 7 Tips ‘Shower S*x’ Selamat!

24
SHARES
shower sex

Mencuba sesuatu yang baru dalam hubungan seks tentu sangat menarik termasuklah melakukan seks mandi atau shower sex. Jika digambarkan, mungkin mama dan papa akan merasakan bahawa melakukan shower sex adalah agak sukar. Tetapi adakah anda tahu bahawa faedahnya melebihi kerumitan yang anda fikirkan?

Sekiranya, mama dan papa masih tidak dapat membayangkan bagaimana dan betapa menariknya melakukan hubungan mandi bersama, anda boleh membaca artikel di bawah. Ikuti tujuh tips melakukan shower sex seperti berikut untuk kekal selamat dan selesa, selain nikmat keasyikannya.

Baca juga: 5 Langkah Nak Pakai Kondom Wanita, Pancut Pasti Tak Tembus & Elak Penyakit Kelamin!

SHOWER SEX

shower sex

Gambar: jcomp

1. Guna sex toys lebih menyeronokkan

Melakukan shower sex dengan cara biasa terasa membosankan, mama dan papa boleh cuba menggunakan alat mainan seks (sex toys) untuk menambah keseronokan bersama. Terdapat beberapa mainan seperti vibrating sponges yang kalis air, jadi ia boleh digunakan di bawah air yang mengalir.

Boleh juga guna mainan lain asalkan ia kalis air kerana tidak semua sex toys mesra air. Ingat, jangan tersalah pilih mainan yang boleh membahayakan mama dan papa sewaktu berasmara di bilik air.

Bayangkan jika anda menggunakan sex toys bermesin dan ia rosak apabila terkena air. Sudah tentu ia akan memusnahkan fantasi juga bukan?

2. Cuba sabun yang selamat jika tertelan

Mungkin mama papa tak pernah dengar pun ada sabun mandi yang selamat walaupun ditelan kerana ia jarang diperkatakan. Sabun jenis ini selamat untuk dicerna, tidak beracun dan boleh menjadikan mandi bersama lebih menyeronokkan.

Mama dan papa boleh menjelajahi tubuh masing-masing dan bercium, walaupun masih bersabun. Bayangkan betapa mengasyikkan saat itu.

Anda pasti akan mendapat pengalaman yang berbeza, berbanding melakukan hubungan seks di atas katil seperti yang sering dilakukan.

3. Tapak kaki dan alas getah anti-gelincir

Tidak kelakar juga jika mama dan papa sedang seronok melakukan mandi bersama, tiba-tiba salah seorang daripada anda tergelincir kerana lantai atau dinding basah dan licin dengan sabun. Selain daripada merosakkan mood, momen tergelincir ini juga boleh menyebabkan kecederaan.

Oleh sebab itu, sebelum melakukan hubungan seks, mama dan papa perlu menyediakan alas getah yang boleh diletakkan di bahagian bawah tab mandi untuk memastikan badan anda berada dalam keadaan stabil.

Selain itu, boleh juga dilekapkan pada dinding berdekatan dengan pancuran mandian. Di mana, mama boleh bersandar padanya apabila papa melakukan hubungan seks.

4. Muzik dan lilin aromaterapi sebagai pelengkap

Pada kebanyakan orang, muzik dan bau dipercayai dapat mengawal mood. Jadi, mama dan papa boleh cuba juga ketika melakukan shower sex. Anda boleh memilih lagu romantis dengan tempo perlahan atau lagu-lagu ghairah untuk membangkitkan mood.

Mama juga boleh meletakkan lilin aromaterapi atau sebarang bentuk aromaterapi lain yang selamat digunakan di sekeliling air. Aroma yang sesuai akan membantu mama dan papa berasa selesa dan meningkatkan nafsu.

Baca juga: 11 Manfaat Hubungan Intim Di Waktu Pagi, Lebih Tahan Lama & Bakar Kalori Lebih Banyak, WOW!

5. Pilih posisi yang bijak

Mama dan papa harus memilih posisi seks yang selamat apabila mandi bersama. Jika tidak, anda berdua boleh tercedera akibat tergelincir jika kedudukannya tidak betul.

Jangan melakukan pergerakan yang terlalu melampau, yang boleh menyebabkan kedudukan badan anda tergelincir. Kuncinya, sentiasalah berwaspada!

6. Kawal suhu, kelembapan dan tekanan air

Jika anda mahu mandi bersama dengan pasangan, jangan lupa untuk mengawal suhu, kelembapan dan tekanan air.

“Laraskan suhu dan tekanan pancuran mandi mengikut keinginan anda. Kemudian mengalirkan air ke kawasan sensitif seksual termasuk puting, belakang leher, pergelangan tangan atau kelentit,” cadang Casey Tanner, seorang ahli terapi seks di Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan Mind Body Green.

Mama atau papa juga boleh menghalakan air dari pancuran mandi ke kawasan seperti kaki dan punggung untuk meningkatkan keghairahan.

7. Gunakan pelincir seks yang betul

Aliran air yang berterusan semasa mandi bersama, ternyata dapat membersihkan pelinciran semula jadi vagina. Oleh itu, penting bagi mama untuk menyediakan pelincir seks semasa hubungan intim di bilik mandi.

Walau bagaimanapun, pastikan mama dan papa memilih produk pelincir yang betul untuk digunakan semasa mandi bersama.

Elak menggunakan pelincir seks silikon kerana ini boleh menjadikan bilik mandi lebih licin dan berbahaya. Pelincir silikon juga secara amnya lebih sukar dibersihkan jika ia bersentuhan dengan air.

Jadi, guna lah pelincir berasaskan air yang mempunyai bahan utama dalam bentuk air tulen. Di mana, ia cenderung cepat luntur apabila bermain dengan air.

Baca juga: Opss! Suami Geram Selalu Gigit Leher? Jangan Malu, Ini 9 Cara Hilangkan Cop Love Bite!

Sumber: Orami

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×