40 Minggu

Nak ‘Bersama’ Tapi Takut, Ini 7 Posisi Intim Ikut Trimester Kehamilan, Haruslah Cuba Malam Ini

4
SHARES
posisi seks ketika hamil

Mencari posisi seks ketika hamil yang selesa dan menyeronokkan bukanlah mudah, namun ia mungkin boleh dicapai dan tidak kira dalam trimester mana pun anda berada. Hal ini kerana, kehidupan seks tidak perlu dinoktahkan selama 9 bulan, hanya kerana anda sedang hamil.

Malah, banyak pasangan mendapati bahawa, kemahuan melakukan seks ketika di fasa ini sangat menggila. Jadi, cara ‘menenangkan diri’ adalah dengan mencari posisi seks semasa kehamilan yang selesa, ditambah pula dapat meningkatkan gelora kehangatan malam cinta anda.

Baca juga: 17 Posisi Ketika Bersalin Ibu Boleh Cuba, Kurang Sikit Sakit Beranak Tu!

POSISI SEKS KETIKA HAMIL

posisi seks ketika hamil

Gambar: gpointstudio

Walaupun ia bukan mudah bagi wanita hamil untuk melakukan hubungan seks, namun ia mungkin berbaloi dengan usaha yang diberikan dan tidak kira dalam trimester berapa pun. Justeru itu, berdasarkan laman portal Parents, pakar telah memilih posisi seks ketika hamil yang terbaik untuk anda cuba segera bersama suami. Jom baca!

POSISI SEKS KETIKA HAMIL – TRIMESTER 1

1. Seks oral dalam kedudukan berehat

Cunninglingus ialah pilihan posisi seks ketika hamil yang menarik. Ia mengutamakan dan meningkatkan keseronokan malam asmara anda. Kalau nak tahu, cunnilingus adalah seks oral yang melibatkan seseorang menggunakan mulut untuk merangsang alat kelamin wanita.

Jika anda ingin berehat sepenuhnya dan tidak perlu memikirkan sebarang tindakan mengimbangi atau menjadi terlalu aktif, ahli psikologi klinikal berlesen dan terapi seks bertauliah AASECT, Janet Brito, mengesyorkan posisi duduk yang santai sebegini.

Isteri duduk di atas katil dan meletakkan bantal di sekeliling sebagai sokongan yang membolehkan anda berehat dengan selesa. Manakala suami anda dalam kedudukan meniarap, memberi anda rangsangan mulut.

Pasangan anda juga boleh duduk di sebelah atau di hadapan dan memberi anda rangsangan manual, atau menggunakan penggetar untuk merangsang kelentit. Kedudukan seks kehamilan ini juga boleh dilakukan di mana sahaja anda paling selesa, seperti di kerusi atau di tepi sofa.

Menurut March of Dimes, adalah penting untuk mengingatkan suami anda supaya tidak meniup udara ke dalam faraj semasa seks oral. Hal ini kerana, boleh menyebabkan embolisme udara yang boleh membahayakan isteri dan janin.

2. Doggy style

Doggy style menjadi salah satu kegemaran ramai, sama ada ketika hamil atau sebaliknya. Di mana, penatrasi zakar suami dari arah belakang menghalang tekanan dari perut yang semakin membesar.

Menurut ahli psikologi dan terapi seks, Shannon Chavez, posisi ini membolehkan perut isteri lebih bebas dan lebih selesa untuk menahan berat tambahan ketika sedang menonggeng. Berat badan berlebihan mungkin menjadi lebih membimbangkan apabila anda bergerak ke arah penghujung trimester kedua.

Chavez mengesyorkan menggunakan alat seperti Liberator Wedge untuk menyokong perut atau berat badan sambil menerima rangsangan dari belakang.

3. Melancap bersama

Melancap bersama membolehkan anda berhubung dengan suami, di mana sahaja anda selesa seperti dari sofa hingga ke katil serta menikmati peningkatan libido.

Baca juga: Pakar Kongsi 13 Tips Cepat Sembuh Luka C-Sec Lepas Bersalin

TRIMESTER 2

posisi seks ketika hamil

Gambar: freepik

1. Isteri hamil berada di atas pasangan (Cowgirl)

Dalam kedudukan cowgirl, isteri yang hamil akan mengawal penetrasi semasa zakar suami dalam faraj dengan berada di atas pasangan. Berdasarkan kajian 2019, ia adalah kedudukan yang paling banyak dipilih semasa trimester kedua.

Malah, ia juga boleh dilakukan semasa trimester pertama, kedua atau ketiga, ulas Brito.

Chavez menyatakan, berada di atas membolehkan isteri bukan sahaja mengawal kedalaman penetrasi tetapi juga meletakkan badan untuk keselesaan yang terbaik dan geseran untuk rasa keseronokan. Kedudukan ini membolehkan kawalan kelajuan, kedalaman dan kedudukan badan dicapai.

2. Side by side

Posisi bersemuka antara satu sama lain dapat meningkatkan keintiman, yang membolehkan lebih banyak berlakunya hubungan mata, berciuman dan perbualan romantis atau kotor. Bonus lainnya adalah isteri akan berbaring mengiring, merupakan salah satu posisi kehamilan yang paling selesa apabila perut semakin membesar.

Sekiranya isteri mahu lebih banyak sokongan, letakkan bantal di belakang badan, atau tuala atau bantal di bawah perut.

3. Spooning

Isteri berbaring mengiring, semasa suami berbaring di belakang anda dan menghadap ke arah yang sama. Posisi ini boleh memberikan rasa sangat menenangkan, malah ia membuatkan penetrasi menjadi lebih perlahan dan sensual.

Kedudukan ini membolehkan isteri berada dalam posisi rapat dan intim. Di mana, isteri boleh spooning dan suami boleh merangsang kelentit anda dengan tangan semasa tusukan dari belakang.

Ia membolehkan lebih keakraban dan keselesaan semasa berhubung secara fizikal dan dapat merangsang semua tempat yang betul. Kedudukan ini juga membolehkan kurangnya ketegangan dalam badan kerana berat tambahan di dalam perut.

Kajian 2019 mendapati bahawa spooning adalah salah satu posisi seks kehamilan yang paling popular semasa trimester kedua dan ketiga.

TRIMESTER 3

posisi seks ketika hamil

Gambar: partystock

1. Reverse Cowgirl

Reverse cowgirl adalah kedudukan isteri yang berada di atas dan menghadap kaki suami. Ia boleh menawarkan sensasi yang berbeza tanpa menjejaskan keseronokannya.

Selain itu, Brito berkata, posisi ini disukai dilakukan pada mana-mana trimester terutamanya trimester ketiga. Hal ini kerana, disebabkan saiz perut isteri yang semakin membesar pada peringkat ini, dan membolehkan isteri duduk di atas pasangan dan menujah mengikut keinginan diri.

Bagi sokongan tambahan, letakkan tangan anda di atas badan suami, sambil mengalihkan berat badan kembali ke arah pasangan anda. Anda juga boleh meminta suami duduk di atas kerusi, yang menawarkan lebih kestabilan semasa anda berdiri dan bergerak seperti yang anda mahu, jelas Brito.

KESIMPULAN

Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists, kehamilan yang dalam keadaan sihat adalah selamat melakukan hubungan seks suami dan isteri. Malah, ia tidak mencederakan bayi dalam kandungan. Ini bermakna anda dan pasangan boleh menikmati posisi seks ketika hamil ini tanpa rasa bimbang.

Namun, seks mungkin tidak selamat bagi wanita hamil sekiranya anda mengalami komplikasi tertentu seperti:

  • Previa plasenta
  • Hamil anak kembar
  • Peningkatan risiko keguguran atau kelahiran pramatang

Justeru itu, anda dinasihatkan sentiasa mendapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah mengenai aktivit seks yang boleh dilakukan bersama suami tercinta. Ini demi menjamin keselamatan diri anda dan kandungan.

Baca juga: Mama, Usah Waswas Guna Ubat Insert Keputihan Ketika Hamil, Ini Anda Perlu Tahu!

Sumber: Parents

FT Image: racool_studio

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×