40 Minggu

Eh, Rasa Susu Badan Menitis Keluar Semasa Hamil, Normal Ke? Ini Penjelasannya!

5
SHARES
susu badan

Perihal susu badan yang bocor atau keluar semasa hamil merupakan topik yang jarang dibangkitkan. Hal ini kerana, ramai orang beranggapan susu bocor akan berlaku selepas bayi dilahirkan.

Fenomena susu bocor sewaktu hamil merupakan perkara lazim yang terjadi dan ia tidak perlu dibimbangkan. Tetapi ia mungkin sedikit mengejutkan diri si ibu, apatah lagi sekiranya anda tidak tahu tentang kewujudan fenomena ini.

Baca juga: Fikir Dulu Kalau Nak Pakai Contact Lens, Ia Boleh Buat Mata Jadi Begini, Takutnya!

SUSU BADAN BOCOR SEMASA HAMIL

susu badan

Kalau nak tahu, perubahan yang berlaku pada payudara sewaktu kehamilan merupakan tanda badan anda bersedia membuat susu walaupun sebelum bayi dilahirkan. Berdasarkan penyelidikan pada 2021, ia boleh mula berlaku pada pertengahan waktu kehamilan.

Fenomena susu awal ini dikenali juga sebagai kolostrum.

BILAKAH SUSU BOCOR BIASANYA BERLAKU SEWAKTU HAMIL?

Tidak lama selepas atau kadangkala sebelum mendapat keputusan ujian kehamilan yang positif, anda mungkin melihat perubahan pada payudara sendiri. Malah, perubahan pada payudara selalunya merupakan petunjuk pertama kehamilan.

Biasanya, menjelang minggu ke-5 atau ke-6 kehamilan, payudara anda mula terasa berat, sakit, dan lembut apabila disentuh. Puting mungkin menjadi gelap dan ada benjolan kecil pada areola, yang dipanggil kelenjar Montgomery.

Semua perubahan ini mempunyai kaitan dengan payudara yang sedang bersedia untuk menjadi kilang membuat susu.

Hormon seperti estrogen dan progesteron membawa kepada perubahan dalam payudara juga. Di mana, kelenjar dan saluran susu mula terbentuk dan membiak.

Antara minggu ke-12 dan ke-16, sel alveolar dalam payudara mula menghasilkan kolostrum. Namun, biasanya, sebarang kebocoran kolostrum tidak berlaku sehinggalah pada trimester ketiga kehamilan, berdasarkan penyelidikan pada 2021.

MENGAPA SUSU BOCOR SEMASA HAMIL?

Semasa kehamilan, badan sedang membuat persediaan untuk mempersiapkan kelahiran bayi yang bakal keluar. Apabila trimester kedua berakhir dan trimester ketiga bermula, payudara bersedia untuk menyusukan bayi sekiranya si manja keluar lebih awal daripada jangkaan.

Tiada jawapan yang jelas mengapa sesetengah orang membocorkan lebih banyak kolostrum daripada yang lain. Kadang-kadang anda tidak perasan kolostrum keluar sehingga melihat kesan kekuningan pada puting atau mendapati bintik-bintik kolostrum kering pada puting anda. Biasanya, ia keluar tidak terlalu banyak.

Ketahuilah, setiap badan individu adalah berbeza. Maka, terdapat sesetengah orang mengeluarkan lebih banyak susu daripada orang lain, sama ada semasa hamil atau kemudiannya.

APAKAH ITU KOLOSTRUM?

susu badan

Seperti dinyatakan di atas, kolostrum adalah cecair awal yang keluar dari payudara sewaktu hamil. Teksturnya yang melekit dan kuning krim pekat merupakan susu pertama yang akan diminum bayi sebaik sahaja dilahirkan.

Walaupun kadang-kadang jumlah kolostrum itu sedikit tetapi ia penuh dengan nutrisi dan kebaikan meningkatkan imun bayi.

Kolostrum mempunyai beberapa ciri istimewa yang membezakannya daripada susu matang (susu seterusnya yang keluar selepas kolostrum) yang bayi akan terima beberapa hari selepas kelahiran. Sebagai contoh, kolostrum:

  • Lebih tinggi dalam protein dan lebih rendah lemak dan karbohidrat daripada susu matang.
  • Melindungi bayi anda daripada jangkitan, sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan jumlah IgA rembesan.
  • Melindungi usus bayi anda dan membantu mewujudkan mikrobiom yang sihat.

Apabila kolostrum dihasilkan, payudara belum lagi penuh dan ia merupakan perkara lazim. Selagi anda kerap menyusukan (8 hingga 12 kali sehari adalah yang terbaik), bayi akan mendapat semua yang mereka perlukan.

Kira-kira 3 hingga 5 hari selepas bersalin, anda akan perasan bahawa payudara anda berasa lebih berisi. Ini bermakna badan anda sedang beralih kepada susu yang lebih matang, yang akan menjadi lebih putih dan lebih banyak.

KESIMPULAN

Melihat susu badan pada puting, coli atau pakaian anda semasa hamil pastinya amat mengejutkan. Anda juga mungkin bimbang sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dengan kehamilan atau dengan badan anda.

Tetapi susu bocor semasa kehamilan adalah perkara biasa. Ini adalah tanda yang menjanjikan bahawa badan anda sedang bersedia untuk menghasilkan susu ibu untuk bayi!

Walau bagaimanapun, anda perlu berjumpa doktor sekiranya mendapati darah keluar dari payudara anda. Hal ini kerana, dikhuatiri sebagai punca kepada sebarang penyakit.

Selain itu, jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut tentang kebocoran susu semasa mengandung atau sebarang perubahan lain yang dialami oleh badan untuk bersiap sedia kelahiran dan penyusuan, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor.

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×