Asuh

Risau Susu Badan Kurang Ketika Berpuasa? Pakar Kongsi Kandungan Protein Ibu Kena Ambil

73
SHARES
cara banyakkan susu badan

Amalan berpuasa adalah perkara yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang berkemampuan sahaja. Buat ibu yang baru bersalin mempunyai bayi kecil atau ibu yang masih menyusu anak, jika tidak larat usah memaksa diri anda.

Para ibu memerlukan tenaga yang banyak untuk menyusukan bayi kecil dengan susu badan. Kekurangan tenaga kerana menyusukan anak sambil berpuasa boleh menyebabkan si ibu jatuh pengsan.

Seandainya para ibu ingin teruskan berpuasa, tetapi risau akan menjejaskan penghasilan susu badan, mari ikuti perkongsian oleh seorang pakar diet bagaimana untuk mengatasi hal tersebut.

Baca juga: Jangan Terlampau Dedah Anak Dengan Gajet, Rupanya Senang Dapat Penyakit Mental!

RISAU SUSU BADAN KURANG KETIKA BERPUASA? PAKAR KONGSI KANDUNGAN PROTEIN IBU KENA AMBIL

Gambar hiasan.

Pertama sekali saya nak tegaskan kalau larat berpuasalah, kalau tak larat jangan. Ibu yang menyusu menggunakan 25% dari tenaga dan kalau waktu berpuasa, makan tak cukup lagi senang untuk menggigil, pengsan dan sebagainya.

Sebenarnya keperluan kalori dan protein bagi ibu menyusu lebih dari ibu mengandung.

IBU MENGANDUNG BMI (NORMAL):

  • Trimester pertama: +80kcal.
  • Trimester kedua: +280 kcal.
  • Trimester ketiga: +470kcal.

TAPI WAKTU MENYUSU PERTAMBAHAN:

  • 6 bulan pertama: 500kcal dan 19g protein.
  • 6 bulan kedua: tidak perlu tambahan kalori tapi protein +13g.
  • Setahun ke atas: macam biasa tiada pertambahan.

Nampak keperluan lebih tinggi dari mengandung kan, sebab badan memerlukan pembakaran kalori sebanyak 20kcal untuk setiap 30ml susu badan dihasilkan.

JADI MACAM MANA NAK PASTIKAN PENGAMBILAN CUKUP WAKTU BERPUASA?

Ramai risau penghasilan susu akan drop waktu berpuasa. Sebenarnya ramai mommies boleh capai keperluan kalori tapi ramai yang gagal capai keperluan protein seharian.

Waktu puasa akan terdapat ‘shift’ menu kepada menu yang tinggi lemak, karbohidrat dan rendah serat serta protein. Kajian menunjukkan kalau kalori kurang sikit ia tidak menjejas penghasilan susu, tapi kalau protein tak cukup iya..itu boleh effect.

PENGAMBILAN BAHAGIAN PROTEIN BERKUALITI SEHARI!

Gambar hiasan.

Maka berapa banyak protein yang mommies perlukan seharian untuk memenuhi keperluan ibu menyusu? Disarankan ibu ibu mengambil 5-7 bahagian PROTEIN BERKUALITI sehari.

APAKAH SAIZ 1 BAHAGIAN PROTEIN BERKUALITIT?

  • Segenggam kacang kekacang (contoh kacang tanah, almond,pistachio, walnut etc).
  • Ayam sebesar tapak tangan (kalau bahagian drumstick kira sebagai 2 bahagian).
  • Daging sebesar tapak tangan.
  • Ikan 1/2 saiz sederhana (macam kembong,mata besar) atau 1 potong (macam ikan tongkol).
  • 1 cawan susu, bukan susu pekat manis na (1 mug tu haaa 240ml).
  • 2 keping cheese/keju.
  • Telur ayam 1 biji.
  • Sotong sepanjang tangan.
  • Udang 4-6 ekor

SAIZ BAHAGIAN PROTEIN SEPERTI GAMBAR DI BAWAH:

**saiz bahagian protein boleh lihat dalam gambar.

PEMBAHAGIAN BAHAGIAN PROTEIN BERKUALITI DALAM SEHARI MENGIKUT WAKTU

Maka untuk capai 5-7 bahagian saya sarankan bahagikan siap siap seperti berikut:

  • Waktu sahur: 3 bahagian.
  • Waktu berbuka: 2-3 bahagian.
  • Waktu moreh: 1 bahagian.

CONTOH MENU IKUT WAKTU:

1. SAHUR

Sumber protein datang dari lauk ikan seekor ke/ayam 1 ketul ke/telur 2 biji ke TAMBAH air susu (nak amik gitu je ke atau buat jadi teh susu ke kopi susu ke kurma susu ke up to you).

2. BERBUKA

Sumber protein datang dari lauk ikan/ayam/seafood etc dan ada sedikit dari sayur..maksud saya masak sayur dengan sumber protein..macam masak dengan telur/ikan bilis/ayam/sotong etc.

3. MOREH

Boleh snack ambil kacang kekacang ATAU roti cheese ATAU susu 1 cawan cicah biskut ATAU roti peanut butter.

PASTIKAN AMBIL AIR CUKUP 8 GELAS SEHARI SEPERTI BIASA

Gambar hiasan.

  • Sahur: 2 cawan
  • Sebelum imsak: 1 cawan
  • Berbuka: 2 cawan
  • Selepas solat maghrib: 1 cawan
  • Selepas terawih: 1 cawan
  • Sebelum tidur: 1 cawan

Ingat jangan puasa waktu berpantang, waktu ini bukan sahaja masih kehilangan darah tetapi badan anda memerlukan masa untuk baik pulih. Waktu menyusu ini jika larat puasa, jangan memaksa diri ye.

Happy fasting mommies!

Sumber: Facebook Nur Hafizah M Sobri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×