40 Minggu

Terkejut Tengok Darah Keluar Masa Hamil, Period Ke? Ini Penjelasannya…

7
SHARES
hamil tapi period

Bolehkah anda hamil tapi period? Mungkin kedengaran pelik kepada sesetengah individu namun situasi ini boleh terjadi tetapi ia bukanlah pendarahan haid.

Melalui laman portal Parents, secara fizikalnya mustahil untuk mengalami haid semasa hamil, tetapi terdapat beberapa sebab lain berlakunya pendarahan faraj semasa trimester pertama, kedua dan ketiga. Jom baca perinciannya di bawah.

Baca juga: Wanita Beronani Bila Ter***sang…, Normal Atau Tidak?

KETIKA HAMIL BOLEHKAH KELUAR DARAH HAID?

period tapi hamil

HAMIL TAPI PERIOD, BOLEHKAH IA TERJADI?

Doktor Perubatan Michele Hakakha, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan menyatakan, ada kemungkinan mengalami tompok darah semasa hamil, tetapi sebarang pendarahan yang mungkin anda alami semasa hamil sebenarnya bukanlah haid.

1. HAID

Tempoh sebenar haid berlaku apabila lapisan rahim terkeluar pada akhir kitaran haid. Apabila telur tidak disenyawakan, tahap hormon yang mengawal pembebasan telur menurun.

Ia menyebabkan lapisan rahim telah menebal pada separuh pertama kitaran anda kerana ia menunggu telur yang disenyawakan, mengelupas dan keluar yang dipanggil sebagai darah haid.

2. HAMIL

Jika anda hamil, telur telah disenyawakan dan ditanam di dinding rahim. Hormon kehamilan memberitahu badan anda untuk mengekalkan lapisan rahim dan tidak mengeluarkan darah, anda tidak lagi mengalami haid.

Terlepas haid adalah salah satu tanda awal kehamilan (walaupun anda mungkin mengalami pendarahan implantasi ringan selama beberapa hari).

ANTARA SEBAB BERLAKUNYA PENDARAHAN SEWAKTU HAMIL

hamil tapi period

Gambar hiasan: Google.

1. PENDARAHAN IMPLANTASI

Menurut Doktor Hakakha, memang terdapat ramai wanita mengalami pendarahan implantasi. Ia boleh berlaku pada masa telur disenyawakan. Dikenali sebagai embrio di mana sewaktu ia bergerak ke dalam rahim boleh menyebabkan saluran darah kecil pecah.

Pendarahan implantasi cenderung muncul sebagai tompok berwarna merah jambu atau coklat muda yang berlaku sekitar 10 hingga 14 hari selepas persenyawaan.

Pendarahan mungkin kelihatan pada permulaan hari haid tetapi ia adalah pendarahan ringan.

2. HUBUNGAN SEKS

Terdapat juga kemungkinan pendarahan berlaku selepas berlakunya hubungan seksual, menurut seorang Pakar Perubatan Melissa Esposito, Ahli Endokrinologi Reproduktif.

Serviks lebih sensitif semasa mengandung di mana ia meningkatkan rangsangan seperti sentuhan dengan zakar, alat mainan seks atau jari yang mungkin membawa kepada pendarahan ringan. Atas sebab ini, anda juga mungkin mengalami sedikit pendarahan selepas pemeriksaan pelvis dijalankan.

3. KEGUGURAN

hamil tapi period

Gambar hiasan: Parenting FirstCry.

Kebanyakan ibu mengandung yang keguguran berlaku sewaktu 12 minggu pertama kehamilan. Keguguran merupakan pendarahan yang berkaitan dengan kekejangan rahim.

Mungkin juga terdapat laluan bekuan darah besar dari faraj. Jika anda mempunyai simptom ini, maklumkan kepada doktor dengan segera.

4. KEHAMILAN EKTOPIK

Pendarahan pada trimester pertama juga boleh menjadi tanda kehamilan ektopik. Kehamilan ektopik atau bahasa mudahnya adalah hamil di luar rahim.

  • Jumlah pendarahan dengan kehamilan ektopik mungkin berbeza-beza.
  • Mempunyai simptom sakit pada unilateral, rasa pening yang tidak seimbang dan seolah-olah bilik berputar atau pening yang buat anda rasa nak pengsan.
  • Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami pendarahan dengan sebarang gejala seperti pening atau sakit secara tiba-tiba.

5. KOMPLIKASI HAMIL

Menurut Dr. Hakakha, sebab lain anda mungkin melihat pendarahan semasa trimester pertama adalah termasuk:

  • Subchorionic hematoma (bekuan darah yang terbentuk di belakang plasenta yang sedang berkembang),
  • Radang serviks, plasenta previa (di mana uri berada di bahagian bawah, berhampiran serviks ketika kehamilan),
  • Polip serviks bersifat benign (ketumbuhan yang tidak bahaya).

Semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan, pendarahan juga boleh disebabkan oleh:

  • Vasa previa (di mana saluran darah plasenta berada di lokasi yang tidak normal dan melintasi serviks),
  • Uri tercabut (di mana plasenta mula menarik diri dari dinding. rahim pramatang),
  • Bersalin.

DAPATKAN RAWATAN DOKTOR JIKA HAMIL TAPI PERIOD

hamil tapi period

Gambar hiasan: Google.

Melalui sumber rujukan dari Hello Doktor, ibu hamil perlu mendapatkan pemeriksaan doktor jika mengalami beberapa simptom seperti:

  • Rasa kesakitan dan kekejangan.
  • Pening atau pitam.
  • Pendarahan berat atau pembekuan darah.
  • Kesakitan pada bahagian perut dan pelvis.

Segera berjumpa doktor, sekiranya anda mempunyai simptom di atas atau berlaku sebarang pendarahan yang teruk.

LANGKAH PENCEGAHAN

Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan demi menjaga kandungan anda seperti di bawah.

1. BERHATI-HATI

Berhati-hati ketika hamil merupakan cara paling mudah untuk mengelakkan dari terjadinya pendarahan. Ia merupakan langkah yang perlu sentiasa diamalkan sepanjang tempoh kehamilan.

Ikuti nasihat doktor dan sentiasa menjaga kesihatan diri bersama bayi di dalam kandungan. Jangan sesekali ambil mudah.

2. STRESS KETIKA HAMIL

hamil tapi period

Gambar hiasan: Pinterest.

Tempoh hamil merupakan waktu yang membahagiakan namun ia tidak berlaku kepada setiap wanita yang mengandung.

Hal ini kerana, tekanan disebabkan faktor sekeliling boleh menyebabkan berlakunya pendarahan. Sebaiknya anda perlu mengawal emosi dan elakkan daripada menjadi terlalu tertekan.

3. JALANI PEMERIKSAAN SEGERA JIKA HAMIL TAPI PERIOD

Jika secara tiba-tiba anda mengalami pendarahan yang banyak serta diikuti dengan rasa sakit pada bahagian perut, ia mungkin satu perkara yang melibatkan situasi yang serius. Anda perlu segera mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana uri berada pada bahagian bawah rahim atau uri tercabut daripada rahim dan memerlukan perhatian doktor.

Sumber: Parents / Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×