Ibu hamil memang banyak pantang larangnya terutama tentang makanan dan minuman yang diambil. Hal ini kerana, ia boleh memberi risiko buruk kepada kesihatan diri anda dan kandungan.
Justeru itu, terdapat beberapa makanan dan minuman yang perlu dielakkan atau dikurangkan pengambilan semasa hamil seperti disiarkan laman Kelab Mama.
Baca juga: Resipi Aiskrim Dari Susu Badan Ibu, Ramuan Tulen ‘Dessert’ Istimewa Untuk Anak!
IBU HAMIL MAKANAN YANG PERLU ELAK
1. Telur mentah
Bakteria Salmonella terkandung di dalam telur mentah yang tercemar. Bagi anda yang terkena jangkitan salmonella, akan mempunyai gejala seperti:
- Demam
- Loya
- Muntah
- Kekejangan perut
- Cirit-birit
Namun begitu, bagi kes jarang berlaku, jangkitan boleh menyebabkan kekejangan di dalam rahim yang membawa kepada kelahiran pramatang.
Selain itu, kebanyakan produk komersial yang mengandungi telur mentah dibuat dengan telur dipasteur dan selamat untuk dimakan. Walau bagaimanapun, anda harus sentiasa membaca label untuk memastikannya.
2. Ikan dan daging yang tidak masak atau mentah
Makanan laut mentah seperti kerang boleh menyebabkan jangkitan virus, bakteria atau parasit seperti norovirus, Vibrio, Salmonella dan Listeria.
Sesetengah jangkitan ini boleh menjejaskan ibu hamil yang menyebabkan dehidrasi dan kelemahan. Jangkitan lain pula mungkin juga menjangkiti kepada bayi dengan akibat yang serius, atau bahkan membawa maut.
Bagi daging kurang masak atau mentah pula boleh meningkatkan risiko jangkitan daripada beberapa bakteria atau parasit, termasuk Toxoplasma, E. coli, Listeria dan Salmonella.
Bakteria boleh mengancam kesihatan anak kecil dan mungkin membawa kepada penyakit saraf yang teruk, termasuk hilang upaya intelek, buta dan epilepsi.
Baca juga: 7 Manfaat Mangga Muda Buat Ibu Hamil, Patutlah Asyik Nak Gigit Buah Masam-Masam Je!
3. Makanan laut tinggi merkuri
Merkuri merupakan unsur toksik. Ikan bermerkuri tinggi yang anda ingin elakkan termasuk:
- Jerung
- Ikan todak
- Ikan kembung
- Tuna (terutama tuna mata besar)
Namun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa tidak semua ikan mengandungi merkuri yang tinggi, ia hanya jenis tertentu.
Mengambil ikan rendah merkuri semasa kehamilan adalah sangat sihat dan ikan ini boleh dimakan sehingga tiga kali seminggu. Ikan berlemak seperti salmon dan bilis adalah pilihan sangat baik kerana tinggi dengan asid lemak omega-3, yang penting untuk bayi.
Antara ikan rendah merkuri:
- Bilis
- Kod
- Ikan sebelah
- Salmon
- Tilapia
Baca juga: Selaput Putih ‘Vernix Caseosa’, Rupanya Lapisan Pelindung Terbaik Kulit Bayi Baru Lahir!
4. Susu tidak dipasteur
Pelbagai bakteria berbahaya seperti Listeria, Salmonella, E. coli dan Campylobacter boleh terkandung di dalam susu mentah dan keju tidak dipasteur.
Termasuk juga jus tidak dipasteur, yang terdedah kepada pencemaran bakteria. Jangkitan ini semuanya boleh membawa akibat yang mengancam nyawa untuk bayi belum lahir.
5. Organ dalaman
Organ dalaman adalah sumber pelbagai nutrien yang hebat seperti
- Zat besi
- Vitamin B12
- Vitamin A
- Zink
- Selenium
Akan tetapi, terlalu banyak vitamin A berasaskan haiwan tidak digalakkan semasa kehamilan terutamanya pada trimester pertama kehamilan. Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan kecacatan kongenital dan keguguran.
Biarpun begitu, kebanyakannya dikaitkan dengan suplemen vitamin A. Sebaiknya pastikan pengambilan organ dalaman seperti hati dikawal.
Baca juga: Amalkan DETOX RAHIM Kaedah Singkirkan Toksin Dalam Badan, Ikhtiar Mudah Dapat Anak!
Sumber: Kelab Mama
FT Image: women health center