40 Minggu

Ketahui Tanda-Tanda Jahitan Czer Terbuka Semula, Ibu Kena Waspada & Jangan Abaikan!

7
SHARES
tanda jahitan caesarean terbuka

Kenali pelbagai tanda jahitan caesarean terbuka supaya ibu lebih berwaspada. Hal ini kerana, sama seperti prosedur pembedahan lain, luka pembedahan caesarean memerlukan masa dan penjagaan yang betul untuk sembuh secara optimum.

Luka pembedahan ini secara amnya akan pulih tanpa masalah, tetapi terdapat juga parut pembedahan caesarean yang mengalami komplikasi sehingga jahitan terbuka semula.

Baca juga: Resipi Lempeng Oat Lembut & Lazat, Lumayan Masuk ‘List’ Menu Ibu Berpantang!

TANDA JAHITAN CAESAREAN TERBUKA

tanda jahitan caesarean terbuka

Gambar: lancastergeneralhealth

Dalam dunia perubatan, pembukaan jahitan luka pembedahan caesarean dikenali sebagai C-section dehiscence.

Jika jahitan caesarean terbuka kerana banyak tekanan pada kawasan tersebut, anda akan nampak jahitan atau staples keluar dari luka hirisan caesarean. Keadaan ini biasanya disertai dengan gejala lain, seperti kulit kemerahan dan pendarahan di sekitar luka pembedahan caesarean.

Jika luka pembedahan cesarean terbuka kerana jangkitan, anda akan melihat tanda-tanda seperti kemerahan pada kulit, bengkak, cecair atau nanah di sekitar kawasan hirisan caesarean.

Selain itu, jangkitan ini juga boleh ditandai dengan pendarahan yang tidak normal dari vagina, bengkak dan sakit di kaki, dan ketidakselesaan di bahagian perut.

Jika puncanya adalah nekrosis (kematian tisu badan), maka warna kulit di sekitar kawasan luka pembedahan caesarean mungkin berubah menjadi kelabu, kuning, atau hitam. Keadaan ini secara amnya akan disertai dengan bau yang tidak menyenangkan.

Baca juga: Rawatan Bidan Untuk Ibu Berpantang, Minum Air Rebusan Ini, Lepas Seminggu Dah Cergas!

Selain tanda-tanda caesar terbuka di atas, anda juga perlu berwaspada terhadap gejala-gejala berikut:

  • Pendarahan akibat pembedahan caesar
  • Demam tinggi 37.7 darjah Celsius
  • Kesakitan semakin teruk
  • Kemerahan kulit dan pembengkakan pada bahagian luka pembedahan caesar
  • Pendarahan besar dari vagina
  • Pembekuan darah pada pendarahan vagina
  • Keputihan berbau busuk
  • Nanah keluar dari luka pembedahan caesarean
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Terdapat benjolan dari parut pembedahan caesarean
  • Sakit payudara dan demam

Pembukaan jahitan pembedahan caesarean tidak boleh diabaikan. Jika anda melihat tanda-tanda caesar terbuka, pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Baca juga: Perut Mengeras Macam Nak Bersalin, Rupanya Itu KONTRAKSI PALSU (Braxton Hicks)!

Cara mencegah jahitan caesarean terbuka

tanda jahitan caesarean terbuka

Gambar: dermatix

Terdapat beberapa cara untuk mencegah pembukaan caesar yang boleh dilakukan ibu di rumah, antaranya:

  • Dapatkan rehat yang cukup untuk beberapa minggu pertama
  • Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memenuhi keperluan nutrisi
  • Jangan angkat atau tolak objek yang lebih berat daripada bayi
  • Jangan berdiri terlalu lama
  • Jangan pakai baju ketat
  • Perbaiki postur anda semasa duduk atau berbaring
  • Jangan melakukan hubungan seks selama 4-6 minggu
  • Elakkan daripada menekan atau mengusap luka caesarean

Jika anda mengalami sembelit atau kesukaran membuang air besar, minta doktor anda untuk memberikan ubat laksatif (julap). Hal ini kerana, sembelit boleh memberi tekanan pada jahitan caesarean.

Selain itu, pastikan kawasan luka caesarean sentiasa bersih dengan menukar pembalut secara berkala. Minta bantuan doktor atau suami anda untuk menggantikannya. Semasa mandi, jangan sekali-kali menggaru, membelai atau menggosok luka jahitan caesarean.

Jangan lupa gerakkan badan atau regangan sekali-sekala untuk merangsang aliran darah. Hal ini kerana, luka jahitan caesarean memerlukan lebih banyak oksigen dan darah untuk hasil penyembuhan yang maksimum.

Baca juga: Mama & Papa Boleh Cuba 2 Amalan Ini, Ikhtiar HAMIL Kaedah Islam!

Sumber: Sehat Q

FT Image: toplinemd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×