40 Minggu

Mama & Papa Boleh Cuba 2 Amalan Ini, Ikhtiar HAMIL Kaedah Islam!

6
SHARES
ikhtiar hamil

Selain hidup bersama pasangan, alam perkahwinan pastinya lebih indah apabila diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata. Sebagai manusia kita boleh berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Justeru itu, amalan ikhtiar hamil di bawah ini juga boleh dicuba oleh pasangan berkahwin di luar sana.

Jangan mudah berputus asa, wahai pembaca! Ingatlah, selain berikhtiar dan berdoa untuk mendapatkan zuriat, kebergantungan manusia hanyalah pada Allah SWT Yang Esa.

Baca juga: Lepas Bersalin, Ibu Kerap Berpeluh Sampai Katil Basah? Semak 5 Punca Ini!

IKHTIAR HAMIL CARA ISLAM

ikhtiar hamil

Gambar: Google

Berikut merupakan dua kaedah yang telah dikongsikan oleh laman Facebook Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin untuk memperoleh cahaya mata. Semoga ia bermanfaat kepada anda yang memerlukan.

1. Ikhtiar hamil cara pertama

Amalkan zikir ini sebelum suami isteri hendak bersama.

Suami:

  • Perbanyakkan zikir Ya Mutakabbir dan baca sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus
  • Selepas berzikir, mohon doa pada Allah SWT agar dipermudahkan apa yang dihajati
  • Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat

Isteri:

  • Perbanyakkan zikir Ya Matiin sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus
  • Selepas zikir mohon doa pada Allah SWT agar dipermudahkan apa yang dihajati
  • Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat

2. Cara kedua untuk mengandung

ikhtiar hamil

Gambar: Doa Nabi Zakaria AS

Sebelum tidur ambil segelas air suam letakkan secubit garam halus ke dalam air tersebut.

  • Baca Surah Al Fatihah – 7x
  • Al ikhlas – 7x
  • Dan sambung doa Nabi Zakaria (rujuk gambar atas)
  • Amalkan minum air suam yang suami isteri buat ini sebelum tidur dan selepas tidur

Baca juga: Petua Rawat Masalah Buasir Ketika Hamil, Hanya Guna Putik Kelapa Muda Je!

Jika anda minum jadi seperti ini:

  • sendawa
  • nak muntah
  • perut jadi tak selesa kembung
  • kepala pusing pening

Itu maknanya dalam badan ada gangguan makhluk halus. Dapatkan rawatan Islam berhampiran ya. Insha Allah, jika izin Allah SWT, sekiranya lambat dapat zuriat Allah SWT akan permudahkan.

Semua atas izin Allah SWT. Kita ikhtiar yang memberi semua dari Allah SWT. Apa yang penting kita jangan mudah putus asa dan terus berusaha. Insha Allah, pasti dipermudahkan Allah SWT.

Moga bermafaat pada anda semua.

Baca juga: Ini 11 Tanda Paling Mudah Nak Tahu Anda Kini Berbadan Dua, Tahniah Ibu!

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin

FT Image: parenthood / yeesain

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×