Nur

Cara Mudah Kesan Makhluk Halus Tinggal Dalam Perut, Patutlah Asyik Kembung Je!

2
SHARES
makhluk halus

Perut asyik sakit sahaja seperti kembung perut, senak ulu hati dan banyak angin, biarpun sudah berjumpa doktor dan mengamalkan banyak petua untuk memulihkan diri. Namun, masih dalam keadaan yang sama dan tidak berubah. Siapa tahu, mungkin ada gangguan makhluk halus di dalam perut anda.

Melalui perkongsian ilmu bermanfaat di bawah, terdapat cara mudah untuk kesan sekiranya ada makhluk halus tinggal di dalam perut anda. Hanya perlu mengikuti syarat-syarat dan senarai surah ruqyah yang perlu dibaca seperti panduan di bawah. Jom ikhtiar, semoga kesihatan anda diberi kesembuhan atas izin Allah SWT.

Baca juga: Tiap Hari Amalkan Ayat INI Dalam Surah Yasin Untuk Anak Pandai, Petua Bermanfaat!

MAKHLUK HALUS

makhluk halus

Gambar: wanitakelantan

Cara mudah untuk kesan jika ada makhluk halus tinggal di dalam perut anda

Ramai yang hadapi masalah kembung perut, senak ulu hati, banyak angin dalam perut. Bila pergi buat pemeriksaan doktor tiada apa masalah. Cuma doktor cakap ia adalah gastrik sahaja.

Bila balik rumah makan ubat gastrik masih juga sakit. Perut seolah memulas-mulas, seolah dihiris kesakitan. Angin pula banyak dalam perut.

Makan ubat pecah angin, minum halia tetap juga kembung perut. Belakang bahu tengkuk kerap rasa lenguh berat.

Kitaran haid pula jadi tak menentu, kadang-kadang banyak keluar. Kadang-kadang sedikit keluar, kadang-kadang berpanjangan keluar. Kadang-kadang langsung tiada keluar. Pergi pakar sakit puan semua okau dan semuanya normal.

Sebaiknya minta orang lelaki tolong baca semasa proses ruqyah

Jika anda mengalami seperti di atas, jika anda seorang wanita suruh suami yang buatkan. Manakala, jika anda lelaki sebaiknya suruh lelaki yang buatkan.

Baca juga: Dua Cara Mandikan Jenazah Mangsa Kebakaran, Elak Kulit Melepuh Tertanggal

Cara-caranya: 

1. Letakkan tapak tangan suami di perut, beritahu suami di mana kawasan perut yang selalu rasa berdenyut-denyut dan sakit. Letakkan di tempat sakit tersebut.

2. Kemudian suruh suami baca:

  • Al-Fatihah (11x)
  • Baca La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah sebanyak (11x)
  • Al Falaq (7x)
  • Al ikhlas (7x)
  • Selawat (7x)

3. Semasa letakkan tangan tu pastikan tekan sedikit pada perut yang sakit itu. Jangan kuat tekan hanya sedikit sahaja.

4. Jangan angkat tangan selagi ayat di atas tidak di baca dengan habis.

Sekiranya ada gangguan dalam perut, perut anda akan rasa:

Jika anda mengalami tanda-tanda di atas semasa di ruqyah, nasihat saya dapatkanlah rawatan Islam segera di pusat rawatan Islam berhampiran anda.

Insha Allah, izin Allah mereka akan bantu anda. Cara di atas semua sebagai ikhtiar kesembuhan semua atas izin Allah. Cuba lah buat jika ada gangguan pasti anda akan merasainya. Moga bermanfaat pada kita semua, Insha Allah Aamin.

Siapa pernah rasa terima rawatan dengan saya jika ikhtiar hamil dan masalah dalaman perut pasti pernah rasa saya buat. Jika ada gangguan hanya Allah yang tahu kesakitannya bagaimana. Selepas tarik keluar, izin Allah perut akan rasa ringan.

Kredit: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Baca juga: Cara Buat Solat Sunat Tasbih, Ini Panduan & Langkah Yang Jelas. Jom Beramal!

Sumber: Siti Hailia via Doa, Petua Dan Amalan Harian

FT Image: kashoorga / Siti Hailia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×