Nur

Cara Solat Untuk Orang Yang Alami Kencing Tak Lawas, Ibadah Pasti Terjaga!

3
SHARES
panduan solat

Masalah kencing tak lawas dan darah istihadah boleh memberikan ketidakselesaan kepada individu yang mengalaminya, terutama sewaktu ingin mengerjakan ibadah solat yang memang mementingkan kebersihan. Malah, boleh menimbulkan kesangsian juga. Disebabkan itu, artikel kali ini adalah mengenai panduan solat untuk individu yang berada di dalam dua situasi tersebut.

Kalau nak tahu, masalah kencing tidak lawas adalah perkara yang lazim berlaku dan mengganggu ramai orang daripada pelbagai lapisan usia. Manakala, istihadah menurut syarak membawa maksud darah yang keluar daripada hujung urat bawah rahim, selepas tempoh maksimum haid atau nifas.

Jadi, mari ikuti penerangan yang dirujuk dari laman web Aku Islam di bawah, berkenaan panduan solat individu yang alami masalah kencing tak lawas dan darah istihadah.

Baca juga: Buat Wanita…Ini Hukum Pakaian Solat Yang Ada Bekas Darah Haid Biarpun Lepas Dicuci!

PANDUAN SOLAT KENCING TAK LAWAS & ISTIHADAH

panduan solat

Gambar: rawpixel

Kencing tidak lawas dan istihadah adalah satu keuzuran. Terdapat hukum khas mengenai cara berwuduk dan solat bagi bagi pengidap penyakit kencing tidak lawas dan istihadah.

Dalam panduan ini, saya akan menerangkan secara ringkas kaedah wuduk dan solat bagi kedua jenis keuzuran ini.

Penyakit kencing tidak lawas

Sekiranya pengidap kencing tidak lawas hendak mendirikan solat, dia hendaklah melakukan perkara-perkara sedemikian:

  1. Apabila masuk waktu solat, dia hendaklah kencing terlebih dahulu.
  2. Selepas kencing, wajib baginya istibrak iaitu memastikan tiada lagi air kencing yang mengalir dari kemaluannya.
  3. Selesai istibrak, dia hendaklah terus beristinjak iaitu membasuh kencing.
  4. Sesudah istinjak, dia hendaklah membalut zakar dengan kain. Bagi perempuan pula memadailah dengan memakai tuala wanita.
  5. Sesudah itu, terus berwuduk tanpa berlengah-lengah.
  6. Sesudah berwuduk, hendaklah terus melakukan solat. Jika selepas berwuduk dia tidak terus mendirikan solat, maka dia wajib mengulangi langkah 1 hingga 5.
  7. Jika sedang solat, tiba-tiba air kencing terkeluar, maka hendaklah dia meneruskan solat sehingga selesai. Solatnya sah walaupun air kencing keluar ketika sedang solat kerana dia berada dalam keuzuran.

Baca juga: Selalu Bungkus Bawa Balik Makanan Dari Majlis Orang? Ini Hukumnya, Jangan Buat Main!

Bila perlu berwuduk?

  1. Jika dia hendak melakukan solat fardu, dia hendaklah berwuduk setiap kali masuk waktu solat kerana satu wuduk hanya sah untuk satu solat fardu sahaja.
  2. Sebaliknya, jika dia hendak melakukan solat sunat, maka memadailah baginya berwuduk sekali sahaja. Dia boleh melakukan seberapa banyak solat sunat mengikut kemampuannya.
  3. Begitu juga jika dia berwuduk kerana hendak melakukan solat fardu, dengan wuduk itu dia boleh melakukan solat-solat sunat seperti solat sunat rawatib.

Baca juga: Lepas Solat Amal 10 Zikir Harian Ini, Hati Tak Gusar Diri Makin Tenang!

Cara wuduk dan solat bagi perempuan istihadah

panduan solat

Gambar: freepik

Perempuan yang mengalami darah istihadah dipanggil mustahadah (مستحاضة). Darah istihadah ialah darah yang keluar bukan pada masa haid dan nifas.

Perempuan mustahadah wajib mengambil wuduk setiap kali mendirikan solat fardu kerana keadaan hadasnya yang berkekalan.

  1. Sebelum berwuduk, dia wajib membasuh darah istihadah terlebih dahulu.
  2. Selepas itu menyumbat lubang farajnya dengan kain atau kapas. Dalam konteks zaman sekarang, memadailah dengan memakai tuala wanita.
  3. Setelah itu, tanpa berlengah dia hendaklah terus berwuduk.
  4. Selesai berwuduk, dia wajib segera melakukan solat kecuali jika ada maslahat seperti hendak menutup aurat, menunggu iqamah dan menunggu kedatangan jemaah untuk solat berjemaah.

Kesimpulan

Dalam sesetengah kes keuzuran, terdapat kesukaran bagi seseorang untuk kekal suci dari hadas. Namun adalah kesukaran ini membuatkan dia terkecuali dari solat? Tidak. Malah syariat menyediakan cara-cara khusus bagi seseorang yang mengalami keuzuran seperti ini melakukan solat.

Rujukan bagi panduan ini adalah dari Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar, Q&A solat ketika keuzuran. Semoga panduan ini memberi manfaat.

Baca juga: 5 Tips Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut, Baca Doa & Zikir Ini!

Sumber: Aku Islam

FT Image: GettyImages / GettyImages

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×