Famili

Ini 20 Video Aidilfitri 2024 Yang Anda Wajib Tonton!

11
SHARES

Setiap tahun, kehadiran Aidilfitri selepas sebulan berpuasa sentiasa membawa kemeriahan bagi seluruh umat Islam di dunia.

Tetapi pada zaman kemajuan internet, sambutan Aidilfitri melangkaui sempadan fizikal di mana kebanyakkan kita menantikan video sempena hari raya daripada syarikat-syarikat di Malaysia.

Daripada perhimpunan keluarga kepada paparan kebudayaan yang terperinci, video sempena sambutan hari raya menzahirkan pengalaman lebaran di Malaysia secara holistik.

Berikut 19 senarai video raya 2024 untuk tatapan rakyat Malaysia.

  1. Maxis

Bersempena dengan kedatangan hari penuh makna ini, Maxis tampil membawakan filem raya pendek bertajuk ‘Makna Raya Si Menantu’.

Sarat dengan mesej kekeluargaan, filem ini memaparkan kesungguhan seorang menantu membiasakan diri dengan suasana baru menjelang raya.

Ini kerana perkahwinan tidak hanya menyatukan dua jiwa, tetapi juga dua keluarga yang berbeza.

  1. PTPTN

Kali ini PTPTN tampil dengan video raya mengisahkan tentang seorang bapa tunggal yang meneruskan usaha arwah isterinya menabung untuk kepentingan masa depan anak-anak.

Riangkan Aidilfitri anda dengan membuat simpanan Simpan SSPN melalui myPTPTN. Siapa tahu, raya tahun ini lebih WOW dari yang anda bayangkan!

  1. LBS Bina

Saksikan gelagat Dom, seorang influencer yang berada di perantauan dan keletah ibunya yang mencuit hati menanti Bling Bling istimewa sempena ketibaan Syawal dibawakan oleh LBS Bina Group.

  1. Perodua

Tahun ini, Perodua tampil berbeza dengan video muzik yang menonjolkan imej Perodua selain mengetengahkan kegembiraan yang dilengkapi dengan rasa kesyukuran.

Tonton filem ‘Keberkatan Lebaran’ dan raikan suasana lebaran dengan penuh kesyukuran.

  1. IJM Land

Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, IJM Land melancarkan filem raya bertajuk “Rindu-rinduan Anak Bulan” yang mengisahkan pelbagai usaha Pak Ahmad untuk menangkap bulan di tengah-tengah persiapan raya di kampung.

Daripada telatah lucu sehinggalah kembara luar biasa, perjalanan Pak Ahmad mencapai kemuncaknya dalam mimpi yang membayangkan dirinya merentasi dunia bulan di tengah-tengah perayaan Raya dan menemui kebahagiaan serta perpaduan di Moonvillage, di mana tradisi tulus ikhlas berkembang dan ikatan merentasi sempadan duniawi.

Melalui gelak tawa dan detik-detik yang menyentuh hati, “Rindu-rinduan Anak Bulan” memaparkan semangat Hari Raya yang meraikan keindahan sifat tabah dan kuasa kasih sayang dan hubungan yang berkekalan.

  1. foodpanda

Pengguna foodpanda kini tidak perlu bimbang kerana perkhidmatan bekal oleh foodpanda menawarkan jaminan kehalalan dan kebersihan sepenuhnya semasa penghantaran.

Hanya makanan dari restoran berstatus halal yang dihantar, dan penghantaran dilakukan oleh pekerja penghantaran yang terlatih dengan menggunakan beg penghantaran khas.

  1. Redbull

Sempena Aidilfitri ini, Redbull tampil dengan pesanan khidmat masyarakat supaya rakyat Malaysia peka dan memastikan semua aspek yang diperlukan untuk pulang ke kampung lengkap dan selamat.

Paling utama, kekal bertenaga dan fokus di jalan raya.

  1. PETRONAS 

Seiring usia, salam membawa erti yang berbeza dan mengajar kita untuk lebih menghargai saat-saat bermaafan. Apakah erti bersalaman di pagi Syawal buat anda?

  1. PETRONAS Brands

Buat mereka yang bakal memulakan perjalanan tidak kira sama ada dekat atau jauh, PETRONAS turut menjemput untuk #SinggahDulu dan anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan.

  1. CelcomDigi

Terokai keindahan keikhlasan, penerimaan dan keterbukaan, hasil inspirasi tiga orang pengarah muda dari perspektif berbeza.

Siri ‘Bukalah Hati’ episod pertama berkisarkan tentang bulan mulai yang bakal membuka hati kembar Aidil dan Fitri memahami puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi turut membina keikhlasan.

Sementara episod kedua pula tentang pengalaman Cikgu Saresh mengajar kelas 3 Mawar membuka hatinya mempelajari nilai sebenar ketabahan di bulan Ramadan.

Dalam episod terakhir, berkenaan Aidilfitri pertama bagi Nina di kampung halaman yang membuka hatinya menyedari penerimaan tidak semestinya dizahirkan dalam perkataan.

  1. redONE

Setiap insan mempunyai erti Raya yang berbeza dan cara tersendiri menyambutnya. Saksikan persiapan menyambut Hari Raya bagi keluarga Hyqal di malam raya dan ketahui apa erti raya baginya.

  1. Takaful IKHLAS

Saksikan “Suamiku is Love,” sebuah kisah cinta sempena Hari Raya yang pasti akan membuat penonton ingin jatuh cinta lagi pada musim perayaan ini.

  1. U Mobile

Filem pendek yang meruntun jiwa bertajuk ‘Pita Hati’ ini meraikan semangat manusia yang tidak pernah kenal erti mengalah dan putus asa.

Mengisahkan tentang Nurul, seorang isteri yang tabah dalam menghadapi cabaran hidup di mana suaminya, Azman mengalami masalah ingatan yang kian pudar terutama untuk mengingati Nurul dan cinta yang mereka kongsikan selama ini.

  1. Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Zakat adalah kewajipan yang perlu ditunaikan. Namun, saban tahun ada sahaja alasan Samad mengelat daripada menunaikan zakat. Saksikan gelagat Samad mencari alasan untuk tahun ini pula.

  1. Guardian

Menampilkan Amy Mastura, ceriakan lebaran anda dengan video muzik ‘Guardian Raya Untuk Semua’ dan raikan Syawal dengan penuh semangat dan kegembiraan.

  1. Lembaga Zakat Selangor

Dibintangi Syafie Naswip dan Dian P. Ramlee, filem pendek berjudul ‘Sayang Ibu’ ini berkisar tentang Aiman yang sentisa bersabar dan mengalah dengan adik-beradiknya walaupun ia bukan sesuatu yang mudah.

  1. EcoWorld

Hari Raya semakin menghampiri, semoga sambutan kali ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

Meriahkan lebaran anda dengan video raya EcoWorld yang memaparkan keterujaan keluarga Ariff bagi menyambut kehadiran Aidilfitri bersama insan tercinta.

  1. Taylor’s University

Video raya berjudul ‘Suami Mithali’ ini berkisarkan tentang pasangan suami isteri, Fauzan dan Lyla yang sentiasa bantu-membantu dalam urusan rumah tangga.

Sarat dengan mesej kekeluargaan, video ini mengajak masyarakat untuk meningkatkan peranan dalam keluarga iaitu memimpin dengan penuh kasih, mengukuhkan hubungan dengan pengorbanan, dan saling memahami jalan hidup seseorang.

  1. Air Selangor

Pengalaman beraya di kampung bagi setiap orang pastinya berbeza. Begitu jugalah dengan Abang, Adik dan Baby dalam “Misi Mandi Raya”.

Mereka perlu merancang untuk mandi awal jika tidak mahu mandi di bilik air luar.

  1. KFC

Sempena lebaran, KFC tampil dengan video tentang masa yang tanpa kita sedari berlalu dengan pantas menjadikan masa yang tinggal untuk diluangkan bersama keluarga hanya sebentar.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×