Nur

Hukum Sujud Di Atas Telekung Sendiri, Kena Tahu Supaya Tak Payah Ulang Solat!

8
SHARES
batal solat

Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan wanita Muslim yang kembali membahaskan isu berkaitan sujud semasa solat di atas kain telekung sendiri. Ada yang mengatakan perkara ini batal solat dan ada yang mengatakan tidak, justeru menimbulkan persoalan ramai pihak.

Ini bukan hal remeh yang hanya dipandang ringan tetapi ia melibatkan syarat sah solat sebagai seorang Islam. Jadi berikut merupakan penjelasan dari Mufti untuk dijadikan rujukan.

Baca juga: Hukum Cukur Bulu Kaki Bagi Perempuan & Lelaki, Rupanya Ada Larangan Kalau…

HUKUM SUJUD ATAS TELEKUNG SENDIRI, BATAL SOLAT KE?

batal solat

Rukun sujud dalam solat merupakan rukun yang wajib supaya syarat sah solat itu menjadi lengkap. Namun, sebagai seorang wanita anda pasti pernah mengalami situasi apabila kain telekung tiba-tiba terkena di kawasan anda melabuhkan dahi semasa sujud.

Untuk pengetahuan anda, melakukan sujud atas sesuatu yang bersambung dengannya dan menanggungnya dengan sengaja maka solatnya akan batal dan itulah yang berlaku apabila anda sujud atas telekung sendiri. Oleh itu, solat tersebut perlu diulangi semula. Justeru, kita perlu memastikan dahi menyentuh tempat sujud dengan sempurna bagi menjamin kesempurnaan solat secara keseluruhannya.

Abdullah Ibn ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ على سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الجَبْهَةِ، وأَشارَ بيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ واليَدَيْنِ والرُّكْبَتَيْنِ، وأَطْرافِ القَدَمَيْنِ

Maksudnya: Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, iaitu dahi (sambil Baginda SAW mengisyaratkan tangganya ke bahagian atas hidung), kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki.- Riwayat al-Bukhari (812) dan Muslim (490)

Anggota dahi wajib diletakkan dengan terbuka di atas lantai dan sunat untuk meletakkan sebahagian daripada hidung. Jika anda meninggalkan sentuhan hidung pada lantai, maka sujud solat adalah sah tetapi jika anda meninggalkan sentuhan dahi pada lantai, maka tidak sah sujud. Ini adalah pandangan mazhab Syafie, Malik dan kebanyakan ahli ilmu.

Tujuh anggota sujud tersebut adalah:

-Dahi

-Kedua-dua tapak tangan

-Kedua-dua lutut

-Kedua-dua tapak jari kaki

*Oleh itu, sujud perlu dilakukan dengan sempurna agar solat anda menjadi sah dan tidak perlu diulang semula. Bagaimana untuk tahu pakaian kita itu bersambung dengan kita, iaitu jika kita bergerak, maka pakaian itu turut bergerak dengan kita…

Baca juga: Anak Menangis & Menjerit Pada Waktu Malam, Mak Ayah Boleh Hembus Doa Ini Di Ubun

Sumber: Mufti WP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×