Nur

Ramai Tak Faham Apa Itu Nusyuz, Rupanya Bukan Isteri Je…Si Suami Pun Boleh!

18
SHARES
isteri nusyuz

“Banyaknya kes isteri nusyuz sekarang ini. Kenapa ramai yang tak nak patuh arahan suami?”

Kes mahkamah membabitkan isteri nusyuz sering menjadi perbualan hangat dan antara kes yang mendapat perhatian. Ramai yang mengetahui bahawa nusyuz adalah berkaitan isteri yang melanggar perintah suami tetapi tahukah anda bahawa suami juga boleh dikategorikan sebagai nusyuz?

Berikut merupakan penjelasan mengenai pengertian nusyuz yang sebenarnya sangat meluas. Ada informasi yang rupanya ramai baru tahu!

Baca juga: Jenis-Jenis Tidur Dalam Islam, Kalau Nak Badan Bertenaga Kena Tidur Waktu Nombor 2 Tu!

ORANG SELALU SEBUT ISTERI NUSYUZ TETAPI TAHU TAK MAKSUD SEBENAR?

isteri nusyuz

Menurut kitab Al-Fiqh Al-Manhaji, nusyuz bermaksud derhaka dan tidak taat. Isteri nusyuz juga bermaksud isteri menderhakai dan tidak mentaati suami sebagaimana yang diperintahkan oleh syarak.

Secara mudah untuk difahami,  nusyuz itu berlaku apabila isteri atau suami mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap satu sama lain dengan perbuatan-perbuatan tertentu. Benar, bukan sahaja isteri malah si suami juga boleh dijatuhkan dalam kategori nusyuz.

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW yang telah dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa perbuatan nusyuz adalah sangat ditegah oleh agama Islam. Hukum nusyuz adalah haram dan perbuatan ini merupakan salah satu daripada dosa besar.

Untuk pengetahuan anda, Nusyuz terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

1.Nusyuz Isteri

Isteri dianggap nusyuz sekiranya derhaka atau ingkar terhadap suaminya seperti keluar rumah tanpa izin suami, tidak mahu memenuhi hak suami terhadapnya, atau lain-lain perbuatan yang menjadi tanggungjawab si isteri.

Namun, sekiranya isteri melakukan perbuatan seperti membebel atau menghina suami dengan lisan, perbuatan tesebut tidaklah dianggap sebagai nusyuz, meskipun ianya berdosa.

2.Nusyuz Suami

Kebanyakan masyarakat kita masih beranggapan bahawa nusyuz hanya berlaku oleh si isteri terhadap suaminya, sedangkan perbuatan ini juga boleh terjadi melalui si suami terhadap isterinya.

Seorang suami dikatakan nusyuz apabila mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami seperti tidak menyediakan nafkah zahir dan batin, menyakiti dan mendera si isteri, atau suami tidak berlaku adil dalam bergilir bagi yang mempunyai isteri lebih daripada seorang.

3.Nusyuz Suami Isteri

Jangan terkejut kerana perbuatan nusyuz oleh kedua-dua suami dan isteri dalam masa yang sama juga boleh berlaku. Keadaan ini dinamakan juga sebagai syiqaq.

Situasi seperti ini boleh berlaku apabila kedua-dua suami dan isteri tidak mahu lagi bertolak ansur dan saling bertoleransi. Jadi, sebaiknya masalah seperti ini diselesaikan dengan bantuan Jawatankuasa Pendamai ataupun campur tangan daripada Hakam yang dilantik oleh pihak mahkamah Syariah.

Secara amnya, suami tidak wajib memberikan nafkah kepada isteri yang telah nusyuz. Misalnya apabila isteri ingkar arahan suami untuk tinggal di rumah dan tidak keluar tanpa keizinan suami, maka si isteri telah melakukan perkara ini dan gugur hak untuk diberikan nafkah oleh suami.

Sungguhpun begitu, seorang isteri yang telah bertaubat dan kembali taat pada suaminya tidak lagi dianggap melakukan nusyuz.

isteri nusyuz

*Perlu diketahui juga bahawa, jatuhnya status isteri sebagai nusyuz hanya boleh dilakukan oleh Mahkamah Syariah dan bukannya dakwaan oleh suami secara lisan. Jangan memandai-mandai ya!

Baca juga: Tips Senang Bangun Solat Subuh Khususnya Untuk Orang Muda, Tak Liat Dah!

Sumber: Sinar Harian, Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×