Nur

Cara Khatam Al Quran Dalam Sebulan, Istiqamah Buat Pasti Dapat Hasilnya!

11
SHARES
cara khatam al quran

Sebagai seorang Muslim sejati, selesai mengkhatam Al Quran merupakan aktiviti mengutip pahala yang paling dinanti-nantikan. Mungkin bukan mudah bagi semua orang untuk melaksanakan impian ini kerana kekangan masa namun ada cara khatam Al Quran yang anda boleh guna supaya boleh selesa dalam tempoh sebulan.

Malah, teknik yang disenaraikan ini juga membolehkan anda untuk khatam Al Quran selama beberapa kali dalam tempoh sebulan. Seronok bukan?

Baca juga: Hukum Bersama Suami Selepas Haid Tapi Tak Mandi Wajib Lagi, Eh Boleh Ke?

CARA KHATAM AL QURAN DALAM SEBULAN, DUA TIGA KALI PUN BOLEH

cara khatam al quran

Al Quran Mushaf Uthmani mengandungi 604 halaman yang bermula daripada surah al-Fatihah sehingga surah al-Nass. Jumlah keseluruhan surah dalam Al Quran adalah sebanyak 114. Satu Al Quran mengandungi 30 Juzuk dan setiap Juzuk mengandungi 20 muka surat yang bersamaan dengan 10 helaian.

Untuk anda yang ingin menamatkan pembacaan atau khatam Al Quran dalam masa sebulan, ada beberapa tips yang boleh digunakan supaya anda dapat khatam Al Quran dalam masa sebulan atau beberapa kali dalam sebulan.

Apa yang boleh dilakukan adalah, 20 muka surat dibahagikan dengan 5 waktu solat bersamaan dengan 4 muka surat setiap kali baca. Bacaan dengan untuk 4 muka surat ini mengambil masa antara 10 hingga 15 minit mengikut kadar biasa.

Subuh = 4 Muka Surat
Zohor = 4 Muka Surat
Asar = 4 Muka Surat
Maghrib = 4 Muka Surat
Isyak = 4 Muka Surat

Kalau nak khatam 2 kali sebulan? 

Untuk tips 2 kali khatam Al Quran dalam sebulan, kita perlu istiqamah sebanyak 8 muka surat setiap kali selepas solat fardhu. Bacaan untuk 8 muka surat ini mengambil masa kira-kira 20-25 minit untuk dihabiskan dengan yang biasa.

Jika kita ingin mencapai target ini, pada pertengahan Ramadan iaitu hari ke 15, pastikan satu pusingan khatam sudah selesai. Bermula pada hari ke-16 Ramadhan, kita akan mengulang semula dari juzuk pertama.

Subuh = 8 Muka Surat
Zohor = 8 Muka Surat
Asar = 8 Muka Surat
Maghrib = 8 Muka Surat
Isyak = 8 Muka Surat

Kalau nak khatam 3 kali sebulan, pun boleh!

Untuk 3 kali khatam dalam sebulan, kita perlu istiqamah sebanyak 12 muka surat setiap kali selepas solat fardhu. Sehari kita perlu habiskan 3 juzuk bersamaan dengan 60 halaman.

Bacaan untuk 12 muka surat ini mengambil masa kira-kira 30-40 minit untuk dihabiskan dengan kadar bacaan. Jadi sehari kita akan memperuntukkan antara 2 jam hingga 2 jam 30 minit untuk membaca Al Quran.

Bagi mengetahui target kita tercapai untuk 3 kali khatam, pada 10 hari pertama, kita sudah menghabiskan sekali khatam. Kemudian diikuti 10 hari berikutnya (hari ke 20 Ramadhan). Dan 10 hari lagi untuk khatam kali ketiga.

Subuh = 12 Muka Surat
Zohor = 12 Muka Surat
Asar = 12 Muka Surat
Maghrib = 12 Muka Surat
Isyak = 12 Muka Surat

Penting juga untuk anda istiqamah setiap kali baca Al Quran dan lakukan beberapa perkara di bawah:

-Mempunyai target berapa kali khatam dalam sebulan

-Al Quran boleh dibaca sebelum atau sesudah solat.

-Boleh dibaca pada waktu lain juga seperti ketika qiamullail, sebelum tidur dan sebagainya.

-Niat kerana Allah SWT bukan untuk menunjuk-nunjuk.

-Memahami ayat Al-Quran berdasarkan terjemahan serta menghayati isi-isi yang disampaikan dalam Al-Quran agar meningkatkan kekhusyukkan dalam membacanya dan lebih mendalami isi-isi tersebut.

*Kesimpulannya, untuk mudah, anda perlukan 26 hari untuk baca 20 muka surat, 4 hari baca 21 muka surat dan setiap selesai solat fardhu baca 5/6 muka surat. Selamat membaca dan mengutip pahala!

cara khatam al quran

Baca juga: Kelebihan Baca Surah Yassin Setiap Pagi, Keajaibannya Sangat Menakjubkan!

Sumber: FatehTeam.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×