Nur

Meninggal Kerana Kemalangan Pesawat Tergolong Dalam Mati Syahid Ke?

18
SHARES
ciri-ciri mati syahid

“Kalau terkorban dalam insiden pesawat terhempas dikira sebagai ciri-ciri mati syahid ke?”

Terbaharu, kita dikejutkan dengan insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat di Elmina Seksyen U16, Shah Alam. Kejadian tersebut telah mengorbankan mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat ia terhempas.

Rentetan dari peristiwa menyayat hati ini, ramai yang bertanya apakah status kematian individu yang berada di dalam pesawat tersebut? Adakah ini tergolong dalam mati syahid seperti berperang?

Baca juga: Amal 5 Doa Indah Ini Iring Suami Setiap Kali Ke Tempat Kerja, InsyaAllah Selamat Sampai..

CIRI-CIRI MATI SYAHID, MANGSA PESAWAT TERHEMPAS PUN TERGOLONG?

ciri-ciri mati syahid

Foto: AWANI

Menurut penjelasan dari Ustaz Abu Haidar As-Sundawy di laman Youtube, dalam agama Islam, para ulama mengatakan, orang-orang yang dianggap mati syahid adalah mereka yang gugur bukan  sahaja di medan perang. Di akhirat kelak, mereka akan menerima pahala sebagaimana pahala para syuhada yang gugur di medan perang.

Sebagaimana dengan korban meninggal akibat kemalangan pesawat, Ustaz Abu Haidar As-Sundawy, mengatakan, orang-orang yang meninggal kemalangan pesawat ini juga digolongkan sebagai mati syahid.

Bukan itu sahaja, menurut Ustaz Abu Haidar, dia menambahkan bahawa orang yang meninggal kerana kemalangan kereta atau motorsikal juga digolongkan  dalam mati syahid.

*Jadi, semoga seluruh keluarga kepada mangsa yang maut akibat tragedi pesawat terhempas di Elmina baru-baru ini, salam takziah diucapkan dan Al-Fatihah…

Baca juga: Cara Sedekah Al Fatihah Untuk Diri Sendiri, Jadi ‘Makanan’ Sihat Untuk Roh..

Sumber: Viva.Co, AWANI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×