Seperti mana kita tahu, dunia digemparkan dengan berita nahas kapal terbang yang meragut beratus nyawa penumpang dan kru terlibat. Kejadian ini sudah tentunya membuatkan rata-rata bersedih dan terkesan dengan kehilangan orang tersayang.
Jadi, hari ini penulis kongsikan nahas kapal terbang yang berlaku sejak beberapa minggu ini. Ikuti perkongsian lanjut di bawah ini.
Baca juga: Tempat Duduk Belakang Dalam Kapal Terbang Paling Selamat? Ini Jawapan Menurut Kajian…
NAHAS KAPAL TERBANG: MINGGU DUKA BUAT SEMUA
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas
Dunia digemparkan dengan berita nahas kapal terbang yang terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan. Menurut laporan media antarabangsa, seramai 29 orang terselamat dan 38 orang terbunuh dalam nahas pesawat Embraer 190 itu yang membawa 67 orang di dalamnya.
Nahas kapal terbang – pesawat Jeju Air
Seterusnya, kita dikejutkan dengan berita pesawat Jeju Air Co Boeing B737-800, yang dipercayai mengalami kerosakan gear pendaratan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada Ahad.
Kejadian tersebut telah meragut 179 nyawa daripada 181 penumpang di dalamnya.
Pesawat Air Canada tergelincir
Sebuah pesawat milik Air Canada terpaksa melakukan pendaratan cemas dan tergelincir di landasan lapangan terbang Halifax berikutan kegagalan komponen pendaratan berfungsi.
Pesawat tersebut disyaki mengalami ‘isu komponen pendaratan (tayar)’ yang mana ia tidak dapat sampai ke terminal dan 73 penumpang serta anak kapal berjaya dikeluarkan dari pesawat dan dipindahkan ke bas.
Pesawat KLM buat pendaratan cemas
Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway pada malam Sabtu. Difahamkan pesawat mendarat dengan selamat namun tergelincir dari landasan pada kelajuan rendah sebelum berhenti di kawasan berumput di tepi landasan.
Semua 176 penumpang dan enam kru dilaporkan selamat.
Nahas kapal terbang – pesawat ringan terhempas di UAE
Sebuah pesawat ringan milik Kelab Penerbangan Jazirah dilaporkan terhempas di pesisir pantai Ras Al Khaimah di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Media melaporkan bahawa juruterbang dan pembantu juruterbang terkorban dalam nahas tersebut.
*Minggu yang penuh dengan berita duka. Semoga baik-baik sahaja di tahun 2025.
Baca juga: Perkhidmatan Rel & Bas Rapid KL Dilanjutkan Sempena Ambang Tahun Baharu
Sumber: Buletin TV3