Nur

Doa Elak Musibah Atau Kemalangan Di Jalan Raya, Jadikan Amalan Setiap Kali Keluar

7
SHARES
DOA ELAK MUSIBAH

Saban hari ada sahaja berita mengenai kemalangan jalan raya yang sudah pastinya meruntun jiwa kerana hilang orang tersayang. Antara langkah boleh dilakukan agar sentiasa dilindungi oleh Allah SWT adalah dengan membaca doa elak musibah seperti dikongsikan di bawah ini.

Sebagai hambaNya, kita perlu sentiasa berusaha mencari perlindungan diri dan keselamatan dalam setiap langkah kehidupan.

Baca juga: Rupanya Ini ‘Rahsia’ Lantai Di Masjidil Haram Sentiasa Sejuk, Nyaman Dipijak Walau Cuaca Panas Terik

DOA ELAK MUSIBAH KEMALANGAN, AMALKAN SELALU

DOA ELAK MUSIBAH

Apabila menaiki kenderaan, kita terdedah dengan risiko kemalangan walaupun terkadang bukan salah diri sendiri tetapi disebabkan pemandu lain. 

Tidak kiralah jenis kenderaan yang kita naiki, berdoalah dan memohon perlindungan kepada Allah SWT.

1. Amalan zikir pagi dan petang

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فىِ اْلاَرْضِ وَلاَ فىِ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعِ اْلعَلِيْمِ.

Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa laa fissamaa’i, wa huwas samii’ul ‘aliim.

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang bila disebut segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

2. Doa keluar rumah

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه

Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Maksudnya: “Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.”

3. Doa naik kenderaan

سُبْحَانَ الَّذِىْ سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَاكُنَّالَهُ مُقْرِنِيْنَ وَاِنَّآ اِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ

Subhanallazi sakhara lana haza wama kunna lahu muqriniin wa-inna ilaa rabbina lamunqalibuun

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan Kami.”

Semoga bermanfaat dan sentiasa di dalam lindunganNya.

Baca juga: Kecoh Kes Bayi Dibekukan, Ini Hukum Simpan Jenazah Di Hospital Terlalu Lama Dalam Islam

Sumber: TikTok 

Kredit imej: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×