Nur

Kecoh Kes Bayi Dibekukan, Ini Hukum Simpan Jenazah Di Hospital Terlalu Lama Dalam Islam

22
SHARES
BEKUKAN JENAZAH TERLALU LAMA

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai isu bekukan jenazah terlalu lama kerana difahamkan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menguruskannya.

Menurut Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin menjelaskan bahawa menyimpan jenazah di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu adalah tidak wajar.

Baca juga: Ungkapan Ketika Nazak, Baca Dua Kalimah Syahadah Atau La Ilaha illa Allah? Ini Jawapan TEPAT!

HUKUM SIMPAN/BEKUKAN JENAZAH TERLALU LAMA

BEKUKAN JENAZAH TERLALU LAMA

Hal ini kerana bekukan jenazah terlalu lama boleh menyebabkan kelewatan pengebumian yang sepatutnya disegerakan jika tiada sebarang keuzuran.

Menurutnya, tindakan bekukan jenazah selama dua minggu itu disifatkan sebagai suatu penganiayaan yang menyalahi hukum syarak.

“Tindakan penahanan disebabkan menunggu si bapa untuk menyelesaikan kos bersalin ibunya bukanlah suatu keuzuran syarie (seperti kes pembunuhan, kemalangan dan sebagainya yang perlu dibedah siasat) kerana tuntutan kos itu boleh diselesaikan dengan cara lain.

“Dalam hal ini, ia menjadi satu penganiayaan fizikal yang menyalahi syarak yang tidak wajar dibiarkan berulang sekali lagi,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, ada beberrapa perkara berkaitan hukum syarak perlu dipertegaskan berhubung perbuatan menahan jenazah bayi berkenaan.

Jika bayi dilahirkan berusia enam bulan ke atas, maka jenazahnya wajib dilakukan seperti jenazah orang dewasa iaitu dimandikan dan dikafankan, solat jenazah dan dikebumikan.

“Jenazah bayi berkenaan sudah melebihi usia enam bulan, jadi wajib disegerakan melainkan terdapat keuzuran seperti menunggu kedatangan wali (bapa, ibu atau penjaga yang sah) dalam jarak masa singkat yang mana dipercayai badan jenayah masih elok dan tidak berlaku perubahan (membusuk dan seumpamanya),” katanya.

Walau bagaimanapun, perkara ini boleh ditangguhkan jika terdapat keperluan (maslahah) yang kritikal seperti wujudnya keraguan tentang punca kematian atau tujuan bedah siasat dalam kes tertentu.

Diingatkan juga agar tidak menghina fizikal bayi tersebut kerana seorang Muslim perlu berakhlak Islam dengan menjaga lidah dan tangan daripada menyakiti orang lain.

Baca juga: Ustaz Kongsi 3 Adab Sewaktu Masuk Maghrib, Boleh MENYESAL Kalau Ambil Ringan

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×