Sudah menjadi satu tradisi majlis aqiqah akan diadakan sebagai tanda kesyukuran kelahiran bayi. Namun, peredaran zaman membuatkan ibu bapa lebih membazir sehingga ada yang menempah mekap bayi.
Tindakan ibu menempah mekap bayi sudah pastinya menerima kecaman kerana ia boleh menyebabkan kulit muka si manja iritasi.
Baca juga: Klinik Sunat Ini Viral Sebab Ada Kereta Mainan, “Untung Dik, Zaman Dulu Tak Macam Ini..”
MAJLIS AQIQAH SIAP ADA YANG MEKAP BAYI, KESIAN KULIT MUKA
Video proses menyiapkan bayi itu dimuat naik sendiri oleh jurusolek yang kelihatan tenang membuat kerjanya. Hal ini kerana si kecil sedang nyenyak tidur beralaskan bantal.
Mekap bayi itu kelihatan agak tebal dan tidak bersesuaian dengan umurnya serta keadaan kulit yang masih sensitif. Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, dapat dilihat muka bayi tersebut dimekap secara tebal.
Lebih mengejutkan, di bahagian mata bayi itu turut dipakaikan mekap dan kening juga dilukis seperti orang dewasa. Tidak dilupakan, bibir si kecil turut dipakaikan gincu berwarna merah.
“Kalau nak mekap bayi kena banyak bersabar dan sangat berhati-hati. Kalau bayi menangis, jurusolek pun turut ‘menangis,'” jelasnya menerusi kapsyen TikTok.
Video perkongsian yang menerima ribuan tontonan itu sudah pastinya dibanjiri komen warganet kerana risau melihat mekap bayi tersebut.
Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan si ibu yang memilih untuk mekap bayi ketika majlis aqiqah.
“Kesiannya baby comel ini. Kulit muka masih sensitif tapi dah dipakaikan mekap. Serbuk mekap kalau masuk mata, pedih sangat,” komen pengguna media sosial.
Kejadian yang berlaku di Indonesia ini diharapkan dapat dijadikan pengajaran dan jangan melakukan perkara sedemikian ketika anak masih kecil.
Semoga bermanfaat buat para ibu bapa di luar sana.
Baca juga: Cikgu Bawa Rombongan Tadika Naik Kapal Terbang Ke KL, Nampak Teruja & Seronok Anak Murid Cikgu!
Sumber: TikTok Tia Makeup