Sudah menjadi kebiasaan, rombongan tadika akan dilakukan di penghujung tahun kerana itu merupakan masa yang sesuai. Menerusi perkongsian seorang guru di laman TikTok, rombongan tadika kali ini agak berbeza dan mendapat perhatian warganet.
Hal ini kerana rombongan tadika tersebut dilakukan dengan menaiki kapal terbang. Wah memang luar biasa!
Baca juga: PU Riz Simpan Gambar Anak Dalam Dompet Harus Dipuji, Ini Adalah Ketenangan Bila Tatap Wajah Anak
ROMBONGAN TADIKA NAIK KAPAL TERBANG, NETIZEN TERUJA
Menurut akaun Tiktok milik Azni A.R Azizan, dia ada berkongsi satu video berdurasi selama dua minit di mana memaparkan gelagat pelajar tadika tersebut.
Jelasnya, proses daftar masuk penerbangan Kuatan ke Kuala Lumpur mengambil masa agak lama kerana seramai 60 pelajar perlu diuruskan.
“Ya Allah sungguh perjalanan yang sangat luar biasa ye. Perjuangan bermula ketika daftar masuk di lapangan terbang Kuantan apabila seramai 60 orang perlu dikendalikan dan ini merupakan kali pertama.
“Bermula jam 5.30 pagi sehingga 7.00 pagi proses daftar masuk masih tak siap. Saya benar-benar minta maaf dan berterima kasih kepada penumpang lain kerana kesabaran anda.
“Terima kasih kakitangan Malaysia Airlines kerana sangat membantu dan jadikan perjalanan ini bermakna dan gembira untuk anak-anak tadika,” jelasnya.
Meninjau ke ruangan komen, rombongan tadika itu perlu dibayar sebanyak RM350 untuk seorang dan sudah termasuk tiket penerbangan pergi dan balik, tiket kereta api, tiket lawatan, makan dan minum.
Video perkongsian itu sudah pastinya menerima komen positif daripada warganet yang turut teruja melihat rombongan tadika menaiki kapal terbang itu.
“Hebat cikgu dan kakitangan lain boleh kawal ramai-ramai macam ini. Paling penting ini merupakan pengalaman paling berharga untuk mereka. Seronoknya tengok,” komen pengguna TikTok
Sumber: TikTok Azni A.R Azizan