Menerusi laman Instagram milik pendakwah bebas, PU Riz satu hantaran mengenai perasaannya yang gembira besarkan anak lelakinya kerana memberi ketenangan.
Dapat dilihat menerusi hantaran tersebut, PU Riz meletakkan gambar kedua-dua anak lelakinya itu di dalam dompet kepunyaannya.
Baca juga: Bila Masuk Darjah 1 Anak Mesti Rapat Dengah Ayah, Rupanya Memang Ada Fasa Tertentu
PU RIZ GEMBIRA BESARKAN ANAK, RASA TENANG BILA TENGOK
“Dah masuk 2024 masih lagi simpan gambar dalam dompet? Pepatah ada menyebut “old is gold” antara interpertasi yang boleh diambil adalah cara lama adalah cara yang unggul,” tulisnya.
Dalam pada itu, suami kepada Neelofa ini turut menjelaskan bahawa memiliki anak juga bahagia dan tidak seperti yang difikirkan oleh sebelum ini.
“Kita kalau kusut atau dukacita menyelubungi, sudah tentulah tatapan pada ayat suci cinta Allah yang dicari Dahulu. Setelah itu, kalau perasan banyak yang Allah suruh jaga kebiasaannya benar benar memberi kesan pada diri kita Manusia. Contohnya jaga keluarga.
“Dulu pernah viral mengenai kaedah child-free marriage (kahwin tanpa ingin anak), tapi kalau difikirkan betul betul, bahagia sebenarnya ada anak,” jelasnya.
Tambahnya lagi, sewaktu belum berkahwin sememangnya kita akan melihat ahli keluarga atau kawan-kawan yang bersusah paya menjaga anak kerana perlu menukar lampin, bangun lewat malam dan lain-lain.
Namun, apabila dipandang di sudut positif itu merupakan salah satu kebahagian yang tidak dapat digambarkan.
“Sewaktu belasan tahun dulu , kita tengok kakak kita atau kawan-kawan yang melansungkan ikatan perkahwinan, sedikit takut bila dah ada anak. Tetapi sebenarnya hati kecil kita akan kata tenang benar melihat wajah ini dan satu sudut perasaan yang dahulunya takut bertukar menjadi indah serta merta.
“Akhir ungakapan, satu sisi kebahagiaan yang mungkin pada usia 30an 40an disangka malap pasti terang benderang kembali. Kalau anak kita yang 3/4 tahun suruh kita jadi kuda terus duduk jadi kuda la kita
“Buatlah sesuatu yang boleh meningkatkan sifat kedewasaan kita untuk Allah. Pasti diri ini akan lebih menyelami apa yang tidak kita rasai suatu ketika dahulu,” katanya.
Baca juga: Keputusan Peperiksaan Anak Lebih Cemerlang Bila Ibu Ayah Buat Amalan Ini, Jangan Sia-Siakan…
Sumber: Instagram Haris Ismail