Menerusi perkongsian Wawa Shauqi di laman Facebook, dia menjelaskan mengenai fasa hubungan anak dan ayah rapat apabila memasuki darjah satu.
Jelasnya, ini merupakan perkara biasa kerana sememangnya fasa dalam perhubungan anak-anak itu wujud dan dimulakan dengan ibu.
Baca juga: Didik Anak Guna Cara Gentle Parenting Tak Salah, Kena Selitkan Unsur-Unsur Ini!
Baca juga: Ibu Dedah Pengasuh Suka Bagi Anak 2 Bulan Tengok TV, Buntu Cara Nak Tegur Takut Terasa!
FASA HUBUNGAN ANAK DAN AYAH RAPAT, ADA PERINGKAT RUPANYA
1. Fasa 0-7 tahun: hubungan akrab dengan ibu
Dalam tahun-tahun pertama, anak-anak memang perlukan ibu. ‘Bonding’ itu dah mula ada sejak anak dalam rahim. Bila anak lahir, naluri kita sebagai mak bertambah kuat.
Sampai anak nangis, kita kelam kabut bangun nak angkat dan susukan. Jangan matikan naluri itu kerana anak masih perlukan kewujudan kita yang akan bantu perkembangan emosi mereka.
2. Fasa 7-12 tahun: ayah sebagai role model
Selepas itu, bila dah masuk sekolah, anak mula pandang ayah sebagai contoh. Ayahlah hero. Masa ini, ayah-ayah di luar sana kena main peranan dengan betul, kena banyak luang masa dan berkomunikasi dengan anak.
Anak akan belajar banyak tentang tanggungjawab dan disiplin bila buat aktiviti dengan ayah. Ayah yang akan banyak terlibat dalam hidup anak pada tempoh ini untuk bantu keyakinan diri.
3. Fasa 14 tahun ke atas: pengaruh kawan dan kehidupan sosial
Bila dah remaja, anak-anak mula cari identiti diri. Kawan-kawan akan jadi pengaruh besar dalam hidup mereka. Kalau mak ayah banyak terlibat dalam hidup anak pada 2 fasa sebelum ini, pasti mereka akan lebih terjaga.
Waktu inilah, didikan agama mak dan ayah terasa dicabar sebab anak dah mula nak jadi satu level dengan kawan-kawan dia. Tapi, kita mak ayah jangan letih menasihat dan membimbing.
Belum masanya lagi untuk kita nak putus asa pada anak-anak. Walaupun kawan-kawan lebih diutamakan tetapi insyaAllah semua nilai yang kita tanam sejak kecil akan tetap jadi panduan mereka.
Sampailah anak akan berhenti ‘menguji’ sabar kita pada umur 25 tahun. Kenapa 25 tahun?
Dalam bidang neurosains, sekitar umur 25 tahun inilah peringkat otak dah capai titik usia matang. Waktu ini baru anak akan mula nampak pengorbanan mak ayah dia dulu.
Paling penting sekali, sebagai ibu ayah anda perlu sentiasa hadir dan terlibat dalam kehidupan anak. Walaupun ada waktu, kita rasa letih dan payah sampai banyak air mata tumpah.
Baca juga: Terlalu Banyak Hiburan Melalaikan, Ibu Ayah KENA Lindung Anak Dengan Perisai Agama…
Sumber: Facebook Wawa Shauqi