Famili

Nampak Mudah, Tapi Sebenarnya Besar Tanggungjawabnya. Kenali 4 Peranan Ayah Terhebat Di Rumah

7
SHARES
peranan ayah

Menjadi ketua keluarga bukanlah satu perkara mudah bagi kaum bapa. Mereka sebenarnya mempunyai banyak tanggungjawab dalam memimpin sebuah keluarga yang harmoni. Ketahuilah peranan ayah dalam rumah adalah lagi besar dari apa yang anda jangkakan.

Perasan tak anak cenderung bermain bersama ayah berbanding maknya. Ini berlaku apabila ayah menjadi rakan baik kepada anaknya sendiri manakala ibu di rumah pula adalah lebih tegas berbanding si bapa. Jadi, selain menjadi sahabat kepada anak, apakah peranan ayah yang lain di rumah?

Baca juga: Ayah, Jangan Abaikan 6 ‘Kekosongan’ Ini Agar Anak Tidak Mencari Pada Yang Lain

4 PERANAN AYAH TERHEBAT DI RUMAH

1. AYAH SEBAGAI ROLE MODEL TERBAIK

peranan ayah

Untuk pengetahuan anda, anak lelaki kebiasaannya cenderung mengimitasi tingkah laku si ayah. Ayah yang berdisiplin tinggi akan membentuk anak yang mudah disiplin. Anak juga akan lebih mudah mengikut cara pergaulan, percakapan dan layanan melalui ayah.

Selain itu, anak perempuan pula belajar nilai empati, persahabatan dan ‘self-love’ melalui figura ayahnya.

2. AYAH SEBAGAI PENCINTA ANAK DI RUMAH

peranan ayah

Seorang ayah yang hebat adalah bapa yang membuatkan anak rasa dimiliki dan disayangi, supaya mereka tidak perlu meraih perhatian melalui orang lain. Malah, ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak yang rapat dengan ayah kurang terlibat dalam masalah sosial, berkeyakinan tinggi dan mempunyai skil sosial-komunikasi yang baik.

3. AYAH SEBAGAI PELINDUNG ANAK

peranan ayah

Tugas utama ketua di rumah adalah melindungi ahli keluarga dari sebarang ancaman. Ancaman tersebut termasuklah fizikal, emosi dan mental.

Islam mewajibkan tugas seorang ketua keluarga untuk melindungi keluarganya dengan menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian dan perubatan untuk pasangan dan anak-anak. Ayah juga perlu melindungi keluarganya dari disakiti secara fizikal dan emosi.

Namun, ini tidak bermaksud seorang bapa perlu melindungi kesusahan dan kesakitan yang dialami. Buktikan kepada anak anda bahawa air mata dan kesusahan yang dilalui ayah tidak akan menjejaskan sifat tegas dan maskulin seorang lelaki.

4. AYAH SEBAGAI MOTIVATOR PERIBADI ANAK

peranan ayah

Empati ayah sangat penting untuk membentuk keperibadian anak-anak. Kajian mendapati bahawa tahap penyayang dan ‘supportive’ seorang ayah menentukan tahap perkembangan kognitif, ‘growth mindset’ dan daya saing seorang anak.

Ayah sepatutnya perlu mengelak dari mengherdik, memaki dan merendah-rendahkan anak. Ini kerana anak akan mengikut perangai sedemikian. Sebaliknya, ayah perlu beri galakan apabila anak mencuba sesuatu dan juga beri semangat apabila mereka tidak berjaya.

Begitulah peranan ayah di rumah. Cuba tanya diri sendiri, adakah anda telah memenuhi segala peranan ayah terhebat di rumah. Sentiasalah menjadi terbaik buat anak kerana sesungguhnya si kecil anda tidak mempunyai siapa-siapa tapi ayah untuk mendidik peribadi mereka. Sama-sama kita baiki diri supaya dapat menjadi ketua keluarga yang boleh diharap.

Sumber: Facebook Happy Store

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×