Asuh

‘Tegas, Bukan Jadi Garang’- Ini 4 Gaya Parenting Beri Kesan Pada Masa Depan Anak

27
SHARES

Mendidik seorang anak bukannya mudah. Ilmu keibubapaan tidak akan pernah surut. Terlalu banyak yang perlu dipelajari oleh setiap ibu bapa untuk pastikan anak-anak membesar dengan memiliki sahsiah yang baik.

Menurut Puan Wawa Shauqi, dalam mendidik anak amalkan sifat tegas dan menyayangi. Tetapkan peraturan dalam ketegasan, berpada-padalah dalam menurut permintaan anak. Malah, terdapat juga 4 gaya parenting yang memberi kesan kepada masa depan anak-anak.

Baca juga: FDA Beri Amaran Khas Jangan Guna Bantal Anti Golek Untuk Bayi Tidur, Risiko Maut!

‘TEGAS, BUKAN JADI GARANG’- INI 4 GAYA PARENTING BERI KESAN PADA MASA DEPAN ANAK

Gambar hiasan – Semunyajdt.com

“Jangan manja-manja sangat anak ni. Kena jadi garang sikit. Kalau tak, besar esok jadi besar kepala.”

Saya angguk. Saya senyum. Ingat saya ni tak garang ke. Ada masa nanti saya mengaum la kak. Kata saya dalam hati.

Akak yang cakap ni, memang sangat terkenal dengan kegarangannya. Tapi saya perhati, bila anak menangis, dia kalah. Segala kehendak anak dia turuti.

Saya tak berniat untuk jugde. Tapi saya tau kes anak sulung beliau yang tak bersekolah dan ugut suruh beli moto. Ada satu konsep yang saya rasa akak ini tak faham.

PERBEZAAN TEGAS DAN GARANG

Gambar hiasan – SirapLimau

TEGAS DAN GARANG.

Macam sama. Tapi ia 2 perkara yang berbeza. Tegas tak perlu jadi garang. Garang pun, belum tentu mampu bertegas.

Kita ni, nak jadi mak ayah, pilihlah jadi mak ayah yang penyayang. Peluk, cium, cakap baik-baik. TAPI, bila bab agama, adab dan peraturan BERTEGASLAH.

SIA-SIA SAHAJA MENJADI GARANG, JIKA PERATURAN DILONGGARKAN

Tak guna kalau kita garang, tapi bab peraturan kita longgarkan. Anak ni dia tau nak test boundary kita.

  • Kalau dia tau mak ayah sejenis kalah dengan tangisan, tangisan itu akan dia guna untuk langkau boundary yang mak ayah tetapkan.
  • Kalau dia tau mak ayah kalah dengan ugut, maka dia akan gunakan kuasa ugut untuk memanipulasi kita.

BERPEGANGLAH PADA KONSEP LOVE & FIRM

Gambar hiasan – Pa&Ma

Tapi kalau kita berpegang pada konsep LOVE & FIRM, kita peluk ciumlah anak kerap mana sekalipun.

Bila rules kata tak boleh, tetap tak boleh. Lama kelamaan anak tau, boundary takkan boleh dilangkaui. Dan mereka akan usaha hormat dengan peraturan yang ditetapkan.

Cium, peluk, puji, cakap lembut-lembut takkan bukan punca anak besar kepala. Tapi memanjakan dengan memberi segala yang anak mahukan tanpa peraturan dan sempadan, mungkin boleh jadi punca.

Nabi Muhammad contoh terbaik bagaimana kelembutan dia terhadap kanak-kanak tak langsung menggugat kaliber Baginda.

JANGAN KEKOK, KEDEKUT & GELI UNTUK MELAKUKAN HAL INI KEPADA ANAK

Saya pegang nasihat dari Ibu Rose ni. Be a LOVING & FIRM parent. Jangan kekok untuk peluk cium. Jangan lokek untuk puji. Jangan geli untuk cakap lembut-lembut.

Kita besarkan seorang manusia. Yang penuh dengan sifat kasih sayang. Bukan pembuli atau pembenci. yang kerjanya menghentam dan memaki.
Kasih sayang dan perhatian yang kita bagi, insya Allah melengkapi keperluan mereka untuk rasa selamat, dimiliki dan disayangi.

Moga dengan asbab ni, anak kita tak perlu buat perangai untuk meraih perhatian. Atau tak tersesat dalam dakapan buaya daratan. Hanya kerana laparkan kasih sayang.

Mahupun terjerat dengan ketagihan games gajet dan bahan terlarang, untuk penuhi jiwa yang kosong.

Saya takut nak menghadapi zaman remaja anak-anak saya. Tanyalah mana-mana ibu bapa. Atau flashback diri kita zaman remaja. Mana-mana kerja gila yang pernah kita buat, banyak jadi waktu usia kita sedang remaja.

4 GAYA PARENTING YANG MEMBERI KESAN KEPADA MASA DEPAN ANAK-ANAK

1. TERLALU KERAS

2. TERLALU BERLEMBUT

3. TAK PEDULI

4. TERLAMPAU PEDULI

CARILAH ILMU KEIBUBAPAAN SEBANYAK MUNGKIN UNTUK KURANGKAN KEGUSARAN

Tapi kerisauan saya berkurang bila membaca. Bahawa cabaran menjadi mak ayah seorang remaja boleh dikurangkan dengan mengisi keperluan emosi dan mental mereka pada awal-awal kehidupan anak-anak.

  • Jadi kawan bila mereka perlu bercerita.
  • Jadi coach bila mereka terbuat silap.
  • Jadi motivator bila mereka perlukan nasihat.

Bukan jadi bos yang memberi arahan. Atau ditaktor dalam meletakkan peraturan.

Saya bukan ibu sempurna. Anak saya pun bukan baik mana. Tapi saya sedar cabaran membesarkan anak tidak semudah dengan hanya buat andaian sendiri.

Saya yakin, dengan ilmu, kita dapat kurangkan diri dari buat silap yang kita akan sesali.

Yang Benar,

Ibu garang yang berusaha jadi penyayang.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

FT Image: tirachardz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×