Asuh

FDA Beri Amaran Khas Jangan Guna Bantal Anti Golek Untuk Bayi Tidur, Risiko Maut!

119
SHARES

Kes bayi mati mengejut bukan perkara asing lagi. Tanpa sedar kemalangan ini boleh tiba-tiba berlaku dan ibu bapa sewajarnya lebih berhati-hati dalam memastikan bayi anda dalam keadaan selamat ketika tidur. Kelalaian boleh menyebabkan nyawa anak melayang.

Perkongsian amaran yang dibuat oleh Public Health Malaysia menyatakan penggunaan bantal anti golek kepada bayi ketika tidur boleh menyebabkan risiko kematian. Oleh itu, lebih baik sekiranya ibu bapa mengambil maklum mengenai cara tidur bayi yang betul untuk mengurangkan risiko anak anda menjadi korban.

Baca juga: Elak Jadi Mangsa Rogol, Jangan Senang-Senang Percaya Orang Dekati Anak Kita

FDA BERI AMARAN KHAS JANGAN GUNA BANTAL ANTI GOLEK UNTUK BAYI TIDUR, RISIKO MAUT!

[ALERT] BAHAYA BANTAL ANTI GOLEK

Terbaru viral video rakaman babycam di media sosial berkenaan bayi yang lemas tertekap bantal anti golek. Bayi tersebut cuba meronta, tetapi nafas tidak panjang menyukarkan bayi untuk menangis. Nasib baik bapa dia tergerak hati masuk ke bilik, cepat-cepat mengalihkan bantal tersebut.

Sebenarnya setiap tahun, lebih 4,000 kematian mengejut telah direkodkan di negara barat. Di Malaysia pula, satu kajian menunjukkan 2% daripada post mortem kanak-kanak yang dilakukan telah meninggal dunia disebabkan kematian mengejut.

ANTARA FAKTOR BAYI MATI MENGEJUT

Gambar hiasan – KlikDokter

Antara faktor kematian mengejut ini disebabkan oleh beberapa faktor:

  • Tidur mengiring.
  • Tidur meniarap.
  • Tidur penuh dengan bantal.
  • Tidur tidak rata.
  • Tidur bersama ibu bapa.

AMARAN FDA KEPADA IBU BAPA UNTUK TIDAK MENGGUNAKAN BANTAL ANTI GOLEK

Terdapat banyak bantal jenis ini yang di jual di platform online. Berikutan ini, FDA telah mengeluarkan amaran khas kepada ibu bapa agar tidak menggunakan bantal anti golek ini.

LANGKAH MENGURANGKAN RISIKO BAYI MATI MENGEJUT

Gambar hiasan – Orami

Ibu bapa juga digalakkan untuk mengamalkan langkah-langkah ini bagi mengurangkan risiko kematian mengejut bayi.

  • Bayi tidur bersendirian.
  • Bayi tidur terlentang.
  • Bayi tidur tanpa bantal.
  • Bayi tidur tanpa mainan disekitar.

Oh ya. Laburlah CCTV baby untuk memantau bayi. Ia boleh digunakan untuk memantau aktiviti mereka sehingga kanak-kanak.

Semoga bermanfaat kepada ibu bapa di luar sana dan sentiasalah peka dengan persekitaran bayi anda.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×