Bantal adalah antara kelengkapan penting untuk digunakan oleh bayi. Pemilihan bantal bayi yang betul sebenarnya dapat membantu si manja mendapatkan tidur yang lebih lena serta postur badan yang betul. Namun, menurut kajian di Amerika Syarikat menunjukkan ramai kanak-kanak mati mengejut akibat tidak tidur dengan cara yang betul.
Viral juga di laman media sosial dan laman jualan online dimana ibu bapa boleh mendapatkan bantal ‘anti-golek’ untuk anak- anak apabila dikatakan dapat mengelakkan si manja jatuh ketika tidur. Rupa-rupanya, bantal sebegini adalah bahaya untuk si kecil!
BANTAL BAYI JENIS ANTI GOLEK SEBENARNYA BAHAYA!
Setiap tahun, lebih 4,000 kematian mengejut telah direkodkan di US. Dan di Malaysia, satu kajian menunjukkan 2% daripada post mortem kanak-kanak yang dilakukan telah meninggal dunia disebabkan kematian mengejut.
Antara faktor kematian mengejut ini disebabkan oleh beberapa faktor:
1. Tidur mengiring
2. Tidur meniarap
3. Tidur penuh dengan bantal
4. Tidur tidak rata.
5. Tidur bersama ibu bapa
LANGKAH PENCEGAHAN RISIKO KEMATIAN BAYI MENGEJUT
Terdapat banyak bantal jenis ini dijual diluar. Berikutan ini, FDA telah mengeluarkan amaran khas kepada ibu bapa agar tidak menggunakan bantal anti golek ini. Ibu bapa juga digalakkan untuk mengamalkan langkah-langkah ini bagi mengurangkan risiko kematian mengejut bayi.
1. Bayi tidur bersendirian.
2. Bayi tidur terlentang
3. Bayi tidur tanpa bantal
4. Bayi tidur tanpa mainan disekitar
Sumber: Public Health