Asuh

Elak Risiko Anak Lemas Ketika Tidur, Guna Posisi INI Paling Selamat Untuk Bayi Usia 0-3 Bulan

8
SHARES
posisi tidur bayi

Masih ramai dalam kalangan ibu bapa yang tidak mahir dengan mengetahui posisi tidur bayi newborn paling selamat. Ada yang mengatakan bahawa secara meniarap dan ada yang mengatakan secara terlentang. Berdasarkan perkongsian dari pakar, posisi yang paling selamat dan disarankan untuk bayi usia 0-3 bulan.

Hal ini kerana, apabila si kecil muntah, mereka masih berada dalam kedudukan salur nafas yang betul dan tidak akan lemas. Berikut merupakan penjelasan lanjut dari pakar.

Baca juga: Petua Hilangkan Cacing Dalam Perut Guna Asam Keping, InsyaAllah…Mujarab Hasilnya!

POSISI TIDUR BAYI NEWBORN, TERLENTANG PALING SELAMAT

posisi tidur bayi

Ini fakta. Ini telah di buktikan. Ini telah jadi saranan badan-badan berkuasa keselamatan tidur bayi sejak sekian lama.
Jika ada sesiapa yang mengatakan sebaliknya, ia adalah TIDAK BENAR.

Meniarapkan bayi newborn yang belum kuat meniarap dengan sendiri meningkatkan risiko lemas dalam tidur atau SIDS/SUDS atas beberapa sebab:

– Tekanan permukaan tempat bayi meniarap menekan dada bayi cukup lama semasa tidur dan ini menyempitkan ruang aliran udara pernafasan bayi

– Kepala bayi kecil berat dan besar. Ini sukarkan bayi kecil angkat kepalanya cukup tinggi dan lama untuk menangis minta bantuan andai bahagian letak kepala dan mukanya di basahi jeluak atau andai dia tersembam pada bantal, selimut dan item lembut lain yang seringkali di guna ibu. SEBENARNYA, kawasan tidur bayi kecil TIDAK BOLEH DAN TAK PERLU DILETAK BANTAL ATAU SEBARANG ITEM LEMBUT . Item-item ini berpotensi buat anak lemas.

– Bila meniarap, jarak ruang antara hidung bayi dan permukaan meniarap adalah dekat. Bayi kecil pula bernafas kencang dan cepat. Maka peluang bayi menyedut semula udara hembusannya sebelum udara itu sempat bergerak jauh, lebih tinggi. Udara hembusan rendah Oksigen tapi tinggi Karbon Dioksida dan ini bukan udara berkualiti untuk anak

Pakar dan pengajar bertauliah bab tidur bayi berusaha mendidik dan sebar kesedaran DEMI KESELAMATAN bayi -bayi kita, namun sikap tak periksa fakta, tak berfikir panjang sebelum kongsi oleh ramai individu dan content creator mungkin permulaan dunia keselamatan tidur anak berada di ambang mundur semula ke tahun-tahun gelapnya yang menyaksikan kes penderaan, kecuaian, kemalangan dan kematian bayi mungkin kembali meningkat.

Bilakah usia bayi telah selamat untuk tidur meniarap?

posisi tidur bayi

Bila bayi itu telah dengan sendirinya tunjuk mahir dan mampu meniarap serta terlentang dengan laju dan mantap tanpa bantuan penjaga.

Itu bukti bayi telah ada cukup kuat kawalan serta koordinasi otot untuk mengawal pergerakan keseluruhan badannya bagi tujuan membalik-balikkan badan sepanjang tidur.

Bila anak makin besar, mereka akan secara automatik kurang jeluak kerana gegelung LES yang bertugas menahan isi perut bayi dari terselinap naik ke atas sebagai jeluak telah makin matang dan berfungsi elok. Maka risiko anak jeluak semasa tidur telah berkurang.

Ini punca tak ada masalah untuk anak yang TELAH kuat meniarap dengan sendiri untuk tidur meniarap. Ibu bapa TAK PERLU pusing terlentangkan anak semula .

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Dari Usia 2 Bulan Ke 1 Tahun Anak Masih Tak Boleh Buat Benda Ini, Maknanya Dah SERIUS!

Sumber: Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×