Asuh

Biarkan Anak Ralit Main Tanah, Mama Mesti Terkejut Anak Mudah Tidur Awal Malam Nanti!

22
SHARES
anak susah tidur

Setiap hari, mak ayah akan pening kepala kalau anak yang masih kecil susah tidur malam. Sudah mencuba pelbagai jenis teknik, namun seperti itu juga anak susah tidur sehingga larut malam. Kesudahannya, mak ayah yang macam ‘zombie’!

Untuk pengetahuan anda, terdapat satu cara menggunakan teknik ‘grounding’ iaitu membiarkan anak bermain dengan tanah pada waktu siang. Seperti perkongsian dari Puan Mazliana Mazlan, teknik ini dilihat sangat berkesan dari segi anak mudah untuk tidur awal dan menstabilkan mood mereka!

Baca juga: 12 Teknik Rangsangan Seperti ‘Magic’ Supaya Anak Boleh Bercakap Seawal Usia 9 Bulan

KALAU ANAK SUSAH TIDUR MALAM, BIARKAN WAKTU SIANG MAIN DENGAN TANAH

anak susah tidur

Biarkan saja anak ralit main tanah depan rumah. Sejam saya biar anak main tanah, tanpa gangguan. Terkejut betul, awal sungguh dia mengantuk. Tak boleh bawak bincang dah ngantuk dia, terus nak cari bantal.

Kenapa macam tu?

– Tanah dah kurangkan banyak sangat hormon cortisol, iaitu hormon stress dalam badan. Ini antara hormon yang berperang dengan diri anak, dan buatkan diorang lambat dan susah tidur awal.

– Tanah perbetulkan semula kitaran hormon cortisol, seiring dengan kitaran tidur yang sepatutnya untuk umur anak.

Antara kebaikan lain bila anak main dengan tanah;

Stabilkan mood

– Sleep booster

– Anak lebih bertenaga dan tak lemau

– Kurang radang dalam badan

– Kurangkan stress dalaman

Cara lain bermain dengan tanah;

– Main di pantai

– Camping mandi sungai atau air terjun

– Berkaki ayam di taman mainan

– Main depan rumah tanpa kasut

Kalau tak sempat sangat, atau kekangan keadaan rumah, anda boleh beli tanah masuk dalam bekas, biar anak main setiap petang 20 minit. Cuba buat setiap hari, anda akan nampak kesan dia dalam seminggu je. Mujarab sangat, terutama untuk anak yang susah nak tidur malam.

JENIS PILIHAN TANAH UNTUK ANAK MAIN

anak susah tidur

Foto kredit: www.nagwa.com

1.Tanah Liat: Tanah jenis ini  mengandungi zarah halus dan menjadi melekit apabila basah.

2.Tanah Berpasir: Tanah jenis ini mengandungi jumlah yang sekata bagi kedua-dua zarah batu dan mineral.

3.Tanah Kelodak: Tanah jenis ini sangat licin dan mengandungi beberapa kepingan batu.

4.Tanah Gambut: Tanah jenis ini terdiri daripada bahan organik atau tumbuh-tumbuhan.

5. Tanah Berkapur: Tanah jenis ini  sangat kuat dan seperti kapur kerana kandungan kalsium yang tinggi di dalam tanah.

6.Tanah Berlempung: Tanah jenis ini mengandungi jumlah pasir, kelodak, dan tanah liat yang berbeza dengan zarah terbesar ialah pasir dan kelodak. Terdapat banyak pasir di dalam tanah liat, yang menjadikannya kelihatan licin.

*Selamat bermain dengan tanah!

Baca juga: Tiada Lagi Panjat-Panjat Pagar Bila Mak Ayah Beli 6 Mainan Ini, CONFIRM Anak Duduk Diam!

Sumber: Growing Play , Mazliana Mazlan

Foto : Nagwa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×