Asuh

Cara Betul Tidurkan Anak Berdasarkan 5 Karakter, Tak Sampai 10 Minit Dah ‘Hanyut’ Dibuai Mimpi!

6
SHARES
tidurkan anak

Salah satu rutin yang mencabar apabila sudah bergelar mama dan papa adalah proses tidurkan anak pada malam hari. Ada dalam kalangan mama papa yang terpaksa bersengkang mata gara-gara si manja sukar untuk tidur kerana dikatakan tidak selesa atau tidak mengantuk.

Rupa-rupanya, ada cara berbeza untuk lelapkan mata mereka mengikut kepada karakter tersendiri. Bila cara tidurkan anak pun tidak kena dengan karakter, maka susahlah untuk mereka hanyut dibuai mimpi. Oleh itu, jom kita ambil tahu karakter dan cara untuk mudahkan tidur si manja.

Baca juga: Letihnya Bila Anak Kerap Terjaga Waktu Tidur Malam, Rupanya Mungkin Kerana 8 Punca Ini..

CARA TIDURKAN ANAK DENGAN BETUL IKUT KARAKTER

tidurkan anak

Menerusi laman Pa&Ma, Master Coach Pentagon Math Sdn Bhd, Che Man berkongsi cara menidurkan anak mengikut jenis karakter anak-anak itu sendiri samada Visual, Auditory, Kinestetik, Reading and Writing atau Flexible Kinestetik.

Beliau mengatakan bahawa kalau mak ayah dapat kenal pasti anak yang mana satu, sama ada visual, auditory, kinestetik, reading and writing atau flexible kinestetik, mak ayah akan dapat menetapkan cara pembelajaran anak dengan lebih baik. Malah ini juga memudahkan anak senang tidur dengan cara yang mudah.  Tidurkan anak mengikut karakter anak:

1.Visual

– Suasana bilik kena cantik lebih tepat lagi suasana hendak tidur
– Usaha untuk tenangkan anak
– Lampu jangan terang, malapkan cahaya lampu seperti mood hendak tidur
– Pilih bacakan buku bergambar sebelum tidur dan secara santai
– Suasana cantik, lama-kelamaan buat anak mudah tidur

2.Auditory

– Pasangkan muzik yang tenang pada anak.
– Bunyi-bunyian segar atau ‘white noise’ antara yang disarankan untuk anak
– Pilih membawa buku cerita atau bercerita yang lembut
– Dua elemen ini boleh buat anak Auditory lebih cepat tidur

3.Kinestetik

– Anak dengan karakter ini memerlukan tepukan dan urutan sebelum tidur.
– Lebih tepat lagi perlu diteman sebelum tidur

4.Reading Writing

– Perlu tidur dengan rutin tidur tanpa berubah cthnya, tidur mesti dikatil.
– Rutin tidur yang sama
– Contohnya, minum susu sebelum tidur

5.Flexible Kinestetik

– Sama seperti kinestetik

tidurkan anak

*Oleh itu, amat penting untuk mak ayah kenalpasti karakter anak-anak dari kecil lagi supaya mudah untuk mereka mendapatkan tidur yang berkualiti. Mak ayah pun tak perlu jadi ‘zombie’!

Baca juga: Pertama Kali Jadi Ibu? WAJIB Tahu 5 ‘Helah Kreatif’ Semasa Jaga Anak Ini Supaya Hidup Semudah ABC!

Sumber: Pa&Ma

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×