Asuh

Ibu Ayah Jangan Takut, Guna Bunyi ‘Shh’ Tidurkan Anak Tak Undang Syaitan

1
SHARES
TIDURKAN ANAK

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai cara tidurkan anak yang dikaitkan dengan gangguan syaitan. Hal ini di mana, bunyi  ‘shh’ dikatakan ‘mengundang’ syaitan.

Walau bagaimanapun, hal ini tidak benar seperti yang diterangkan oleh Baby Language di laman Facebooknya. Ibu ayah kena baca sampai habis.

Baca juga: Tiga Kata-Kata Orang Tua Tentang Bayi Yang Terbukti BENAR Oleh Sains

TIDURKAN ANAK GUNA BUNYI ‘SHH’ TAK ADA KAITAN DENGAN SYAITAN

TIDURKAN ANAK

Bila sebahagian mak kata rasa takut nak buat bunyi ‘shhh…’ untuk cuba tenangkan & tidurkan anak lepas baca kes viral ni, dalam hati saya rasa macam:

Memang sebahagian orang, makin moden dunia jadi makin malas berfikir elok ya?

Aisyah pernah bertanya:

“Apakah syaitan menyertai setiap orang?” pertanyaan tersebut diulang benarkan oleh Rasulullah SAW.

“Apakah ia besertamu juga?”

“Benar,” Lalu, Rasulullah SAW menyambung, “Tetapi Rabbku menolongku dalam menghadapinya, sehingga aku bisa selamat (dari keburukan & kejahatan syaitan),” (HR Muslim).

Maka, sebab itu agama telah siap-siap memberi panduan untuk kita mendinding dan melindungi diri daripada gangguan syaitan antaranya seperti memperbanyakkan solat, zikir dan membaca al-Quran dalam rumah serta amalkan doa masuk rumah.

Walaupun tidurkan anak lebih baik dengan membaca zikir namun tidak salah membuat bunyi ‘shh’ sekiranya ia boleh menyebabkan si kecil tidur lena.

Saya bantu bagi fakta tentang jenis bunyi yang cepat aktifkan reflek tenang anak kecil:

– Bayi duduk di dalam rahim ibu selama 9 bulan dan bunyi tanpa henti di dalam rahim menyebabkan bayi lebih tenang dan bertenaga.

– Ini bermakna, bayi baru lahir suka dengan bunyi ‘white noise’ seperti di dalam rahim ibu.

Deria anak semakin berkembang jadi bacaan dan kelajuaan membaca al-Quran menyebabkan sesetengah bayi kurang suka.

Tak terhad kepada bacaan al-Quran dan zikir sahaja, apa-apa bunyi dengan dinamik (turun naik nada & rentak) yang besar, ia boleh buat sebahagian anak kecil ‘struggle’ nak proses.

Silakan guna bunyi apa pun yang parents suka jika bunyi itu ternyata boleh bantu anak cepat tenang dan tidur.

Buat ibu bapa yang mencari penyelesaian untuk tidurkan anak, boleh cuba kedua-dua cara iaitu menggunakan white noise atau alunan al-Quran.

Pilih yang mana berkesan.

Baca juga: Ayah Kongsi Pengalaman Bawa Anak Autisme Tunaikan Umrah, Tak Mudah Tapi Tak Mustahil

Sumber: Facebook Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×