Asuh

Jangan Biarkan Si Manja Menangis Tanpa Didukung, Boleh Ganggu Perkembangan Anak

55
SHARES
anak menangis

Sesetengah orang berpendapat jika anak menangis, ibu ayah tidak sepatutnya mendukung mereka. Hal ini dikata kerana ia boleh menyebabkan si kecil bertambah manja.

Walau bagaimanpun, nasihat seperti itu tidak boleh diambil kira kerana jika dibiarkan ia boleh mengganggu pertumbuhan anak. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Tak Sangka! Sikap Ibu Garang Tak Kena Tempat Jadi Punca Anak Degil & Kurang Ajar

JANGAN BIARKAN ANAK MENANGIS, IBU AYAH KENA DUKUNG

ANAK MENANGIS

“Jangan dukung baby yang menangis. Nanti manja. Asyik nak berdukung je.”

Nasihat macam ini adalah nasihat paling teruk, merepek, kejam dan tiada nilai kemuliaan agama.

Kenapa nasihat seperti di atas perlu dielak dan dibuang jauh?

1. Menangis adalah refleks

Bayi lahir dengan sekurang-kurangnya 75 jenis refleks. Salah satu refleks adalah menangis. Selepas bulan ke 3-4 baru tangisan itu bertukar jadi ‘voluntary act’.

Sepanjang 3 bulan ke bawah, bayi tidak akan menangis dengan niat atau saja-saja nak berlakon. Tangisan bayi adalah cara bayi untuk berkomunikasi dengan ibu. Nak bagitau dia tak selesa, lapar, sejuk, letih dan sebagainya.

2. Melawan fitrah

Allah dah cipta mak ini secara biologinya memang ada tarikan auto untuk selamatkan bayi bila dengar bayi dia menangis.

Dengar sahaja bayi nangis, badan mak keluarkan hormon Oxytocin yang ‘menggesa’ untuk mengangkat anak. Dalam masa yang sama, hormon Prolaktin cetuskan penghasilan susu. Jadi, kenapa nak lawan fitrah ini?

3. Sains dah buktikan teknik cry it out gagal

“Saya dah cuba. Anak saya mahu diam lepas lama saya biarkan.”

Ketahuilah, bila anak dah diam, bukan petanda dia faham. Tapi petanda dia dah terlalu letih. Apa yang anak dapat? Hormon Cortisol iaitu hormon stres yang boleh mengganggu pertumbuhan anak

Jadi, kalau ada orang masihat macam di atas, anda hanya perlu senyum dan angguk sahaja. Buat sahaja cara sendiri yang boleh membantu anak.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bimbang Anak Tak Fokus Bila Kelas Terlalu Ramai & Padat, Ini 5 Cara Ibu Ayah Boleh BUAT

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×