Sihat

Rugi Tak Buat Senaman Angkat Kaki Ke Dinding Ini, Paling Mudah & Banyak Manfaat

2
SHARES
ANGKAT KAKI KE DINDING

Senaman angkat kaki ke dinding antara posisi paling mudah untuk dilakukan. Lebih menarik lagi, ia memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh seperti yang dikongsikan oleh penulis di bawah.

Baca penerangan lanjut mengenai manfaat senaman angkat kaki ke dinding dan cara melakukannya. Nak lebih seronok, boleh ajak suami atau isteri tersayang buat sekali.

Baca juga: Rahsia Hilangkan Resdung Guna 4 Bahan Di Dapur, Amalkan Minum Setiap Pagi

POSISI ANGKAT KAKI KE DINDING ADA BANYAK MANFAAT

ANGKAT KAKI KE DINDING

1. Peredaran darah lebih baik

Senaman angkat kaki ke dinding bagus untuk mengurangkan bengkak kaki akibat berdiri atau duduk terlalu lama. Posisi ini boleh membantu peredaran darah dengan lebih baik dan memberi keselesaan di bahagian kaki serta pinggang.

2. Tidur lebih lena

Posisi angkat kaki ke dinding boleh membuatkan tidur anda lebih lena. Ini kerana ia membuatkan badan rasa lebih santai dan ringan selepas melakukan senaman tersebut.

3. Kurangkan senggugut

Kajian mendapati bahawa melakukan posisi legs-up-the-wall boleh mengurangkan senggugut. Ini kerana ia boleh meningkatkan aliran darah ke kawasan pelvis tanpa memberikan tekanan yang kuat seperti senaman lain.

4. Melegakan sakit kepala

Menurut kajian yang dilakukan, angkat kaki ke dinding boleh melegakan sakit kepala kerana posisi ini boleh melegakan tekanan di bahagian kepala.

5. Kurangkan stres

Seterusnya, kelebihan angkat kaki ke dinding adalah boleh mengurangkan tekanan atau stres. Sekiranya anda stres, tindak balas melawan sistem saraf menyebabkan badan mengeluarkan hormon tekanan seperti adrenalin dan kortisol.

Pose ini membolehkan otot berehat sepenuhnya dan pernafasan menjadi lebih teratur dan membuatkan anda rasa tenang.

6. Legakan kesakitan otot

Kaki, tapak kaki dan tulang belakang adalah struktur badan yang menjadi penahan berat. Apabila anda melakukan posisi angkat kaki ke dinding,  otot-otot yang berkenaan boleh berehat dan mengurankan kesakitan serta keletihan.

CARA BUAT SENAMAN

– Baring pada permukaan rata dan rapatkan kaki serta letakkan tangan di sisi.

– Angkat kedua-dua kaki secara perlahan-lahan. Pastikan anda menggunakan otot paha dan kaki lurus ketika melakukan senaman ini.

– Lakukan posisi ini untuk beberapa minit dan sekiranya ingin lebih mencabar, anda boleh mengangkat punggung untuk beberapa kali.

– Amalkan senaman ini sebanyak yang boleh dan jangan lupa untuk berehat selama 30 saat.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat.

Baca juga: Isteri Jangan Stres Kalau Lebih Cepat Gemuk Berbanding Suami, Ini Puncanya…

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×