Nur

Kalau Sayang Arwah Ibu & Ayah, Jangan Buat Perkara Ini. Ramai Yang Tak Tahu!

163
SHARES
IBU BAPA MENINGGAL DUNIA

Kehilangan orang tersayang merupakan dugaan paling mencabar dalam kehidupan. Apabila ibu bapa meninggal dunia, sebagai seorang anak, anda perlulah melakukan beberapa perkara penting seperti yang dikongsikan di bawah.

Perkara ini bukan sahaja bertujuan untuk kebaikan diri tetapi juga boleh memberi ketenangan kepada roh. Jadi, jom kita baca!

Baca juga: Sebelum Minta Cerai, Ini Cara Isteri Boleh Cuba Untuk Tegur Suami Kalau Tak Solat

BILA IBU BAPA MENINGGAL DUNIA, INI ANAK-ANAK KENA BUAT

IBU BAPA MENINGGAL DUNIA

Kesilapan besar anak-anak buat terhadap arwah ibu bapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibu bapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibu bapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama daripada itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kepada arwah ibu bapa kita. Di sana mereka teramat-amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.

Yang mereka perlukan, antaranya adalah:

– Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

– Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

– Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibu bapa.

–  Sedekahkan al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibu bapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi.

Hilang sudah senda gurau, gelak tawa, perhiasan indah dan harta dunia. Yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ramai Yang Dah Buat Tapi Sebenarnya Ini Hukum Telan Air Mani Suami

Sumber: Facebook Sahabat Mahkamah Syariah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×