Nur

Ustazah Asma’ Harun Kongsi Doa Kesukaaan, Rugi Kalau Tak Amalkan…

29
SHARES

Doa merupakan senjata umat Islam untuk menempuh segala dugaan dan cabaran di dunia. Dengan berdoa ia mampu mengurangkan perasaan sedih dan gusar dalam menempuh segala dugaan.

Bacaan doa di dalam solat jika dihayati dan difahami dengan teliti, maksudnya sungguh mendalam dan memberi seribu satu kebaikan.

Baca juga: Betul Ke Syaitan Masuk Rumah Yang Tak Tutup Pintu Ketika Waktu Maghrib?

USTAZAH ASMA’ HARUN KONGS DOA YANG KESUKAAN

Menerusi perkongsian Ustazah Asma’ Harun, di bawah merupakan antara doa yang suka diulang-ulang walau di luar waktu solat.

Ini antara doa yang saya suka ulang-ulang walaupun di luar solat. Bila tiba pada perkataan wajburni, sebak sangat rasanya, kerana Maha Baik Allah ya Barr yang sentiasa menutupi aib diri.

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّي

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, kasihanilah aku, dan tutuplah aibku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, berikan kesihatan padaku, serta berilah kemaafan kepadaku (atas dosa-dosa).” 

Terima kasih ya Allah, kerana menetapkan kami untuk membaca doa ini setiap kali solat. Doa yang memenuhi segala yang kita perlukan dalam hidup. Rugi sangat bila kita tak faham apa yang kita minta selama ini dalam duduk antara dua sujud ini.

Hafal dan fahamilah maksud semua bacaan solat, kita akan rasa nikmat dan manisnya solat, seolah satu ruang waktu untuk kita berdua-duaan dan mengadu pada Allah, berpisah sekejap dengan dunia dan bertemu dengan pemilik dunia. Allahu Akbar.

Moga bermanfaat dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×