Pemergian insan tersayang dalam kehidupan merupakan satu perkara yang pahit untuk ditelan namun kita tetap perlu reda dengan ketentuan Illahi.
Itulah yang dilalui oleh seorang kanak-kanak perempuan apabila kehilangan ibu tersayang ketika dia berusia dua tahun. Kejadian itu sudah tentunya memberi tamparan hebat untuk dirinya.
Baca juga: Tengah ‘Merendang’, Jiran Datang Beritahu Suami Dah Meninggal…
KANAK-KANAK MENANGIS RINDU ARWAH IBU BUAT WARGANET SEBAK
Menerusi video yang dimuat bapanya di media sosial, ramai turut sebak melihat keadaan Sumayyah menangis teresak-esak di kubur ibunya.
Dapat dilihat menerusi video tersebut, Sumayyah memakai baju berwarna hijau dan menangis sambil memegang batu nisan kubur arwah ibunya.
@qasyrious Airmata pagi 1 syawal sumayyah rindu umi..turun motor terus pergi ke kubur umi nangis 😭😭😭..umi tinggalkan sumayyah masa sumayyah umur 2 tahun tapi sumayyah macam dah tahu tu kubur umi dia tanpa saya cakap 😭😭 Allahhurabbi.. #syawal2022 #airmatasyawal
“Air mata 1 Syawal, Sumayyah rindu umi, turun motor pergi ke kubur umi nangis, umi tinggalkan Sumayyah masa umur 2 tahun,” tulis si bapa di ruangan kapsyen.
Walaupun ibunya telah pergi pada tiga tahun yang lalu disebabkan penyakit kanser, kehadiran Syawal tahun ini membuatkan kanak-kanak tersebut merindui syurganya itu.
“AIR MATA KERINDUAN SEORANG ANAK…”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menitipkan doa buat kanak-kanak tersebut agar terus kuat dalam menjalani kehidupannya dan membesar menjadi anak yang solehah.
Sumber: TikTok Kassyroius