Famili

Tengah ‘Merendang’, Jiran Datang Beritahu Suami Dah Meninggal…

17
SHARES

Setiap kali Hari Raya Aidilfitri tiba, pasti ia merupakan sambutan paling dinanti-nantikan oleh orang ramai kerana dapat berkumpul bersama keluarga dan satu kenangan baharu akan terlakar.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang isteri apabila suaminya meninggal dunia beberapa hari sebelum perayaan Aidilfitri. Kisah sebak ini dikongsi oleh jiran mereka sendiri. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Sel Kanser Semakin Merebak, Ibu Pakaikan Anak Baju Raya Awal Andai Dijemput Illahi. Sebak…

TENGAH MERENDANG, JIRAN DATANG BERITAHU SUAMI MENINGGAL

Menurut jururawat dikenali Iera, dia menjelaskan ketika sedang sibuk memasak rendang tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan jirannya yang dalam keadaan cemas.

Kisah di sebalik kejadian rendang malam tadi. Alhamdulillah siap jua akhirnya. Nak dijadikan cerita tengah merendang jiran depan rumah datang panggil suami saya dalam keaadaan yang cemas mengatakan suaminya ditemui tidak respone.

Dalam 10 minit suami balik cakap abang Man dah meninggal. Saya segera call talian kecemasan untuk datang sahkan kematian tapi tak sedap hati.

Jelasnya, dia memberitahu suami kepada jiran tersebut tidak sedarkan diri selepas selesai solat dan mengaji al-Quran. Meskipun sudah melakukan CPR sebanyak dua kali tetapi masih juga tiada sebarang respon.

Terus salin baju ke rumah jiran. Check nadi tiada, pernafasan tiada, pressure bahagian dada pun tiada respone. Saya terus lakukan CPR tapi 2 cycle sahaja yang saya mampu sebab saya batuk & penat. Still tiada respone.

Gambar sekadar hiasan

Sehingga pasukan paramedik tiba. MA melakukan CPR sebanyak 6 cycle. Arwah tiada respone. Akhirnya maka sahlah bahawa arwah abang Man pergi meninggalkan kami semua dalam keadaan husnul qhotimah.

Menurut isterinya beliau baru selesai solat & mengaji al-quran tetapi mengadu sakit kepala lalu tertidur. Sehingga ditemui tidak sedarkan diri.

Salam takziah untuk seluruh keluarga arwah. Moga arwah ditempatkn di kalangan orang-orang yang beriaman. Amin yarabal alamin. Sama-sama kita sedekahkan surah al- Fatihah untuk arwah. Kita semua milik Allah SWT. Sampai masa kita pun akan ke sana.

Sumber: Facebook Art Iera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×