Famili

Sel Kanser Semakin Merebak, Ibu Pakaikan Anak Baju Raya Awal Andai Dijemput Illahi. Sebak…

203
SHARES

Keriangan menyambut Hari Raya Aidilfitri pasti begitu bermakna dan ditunggu-tunggu kerana boleh berkumpul bersama seisi keluarga dan sanak saudara. Namun, tidak bagi pasangan suami isteri ini kerana mengharapkan agar anak sulungnya diberi kesembuhan untuk meneruskan kehidupan dan melawan penyakit yang dihadapinya.

Perkongsian sebak seorang bapa bernama Rashidee Abd Rashid sudah tentunya mendapat perhatian warganet dan menerima pelbagai respon.

Baca juga: Ibu Terkejut Dengar Bunyi Meletup, Rupanya Anak Kena Hempap Peti Ais!

IBU PAKAIKAN ANAK BAJU RAYA AWAL ANDAI DIJEMPUT ILLAHI

Jelas bapa kepada Raudhah, keadaan anaknya begitu lemah dan hanya boleh angguk atau geleng sahaja tanpa mengeluarkan sebarang bunyi dan lebih menyedihkan kerana dia tidak dapat minum dengan sempurna kerana air tersangkut di kerongkong.

Si bapa mengambil keputusan untuk memakaikan Raudhah atau mesra disapa kakak baju raya terlebih dahulu kerana jika ditakdirkan Allah menjemputnya sebelum raya, mereka sudah ada gambar raya bersama. Allahu…

Harini kakak dipakaikan baju raya. Jika ditakdirkan kakak diambil Allah sebelum raya sekurangnya ada gambar bersama adik-adiknya. 

Mohon doa daripada kenalan agar urusan kakak dipermudahkan. Doakan kami juga sebagai ibu bapanya kuat dan tabah dengan dugaan yang kami harungi. 

Keadaan kakak agak lemah harini. Kakak hanya boleh angguk atau geleng sahaja tanpa suara. Kakak tidak boleh minum dengan sempurna seperti air tersangkut di kerongkong. Alhamdulillah kami dikurniakan kejiranan yang sering membantu kami dan bersedia jika berlaku sesuatu musibah dan ujian. 

“Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya” [Riwayat al-Tirmizi]

SEL KANSER SEMAKIN MEREBAK

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata, Puan Sabariyah Ismail, menjelaskan sel kanser semakin merebak dan kemungkinan besar sel kanser telah menyerang saraf tunjang dan menyebabkan kedua kaki lemah selain menganggu bahagian pembuangan air kecil dan besar.

Berat badan kakak juga semakin menurun sehingga mencecah 14.8kg sahaja dan mereka berharap keajaiban daripada Allah SWT untuk menyembuhkan anak kecil itu.

Diharapkan kedua-dua mereka tabah dan kuat menghadapi ujian daripada Allah. Kekuatan ibu bapa dapat membantu memberikan Raudhah kekuatan untuk terus berusaha meneruskan kehidupan. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan. Amin…

Sumber: Facebook Rashidee Abd Rashid & Sabariyah Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×