Suami Isteri

Lelaki Cepat Tidur & Mengantuk Lepas Bersetubuh, Rupanya Ada Kaitan Dengan ….

5
SHARES
tidur selepas bersetubuh

Sesetengah lelaki dikatakan akan mudah tidur selepas bersetubuh. Perkara ini sudah tentunya mengganggu fikiran para wanita kerana beranggapan si suami bosan dan tidak menyayangi diri mereka.

Jangan sedih-sedih dan terlalu overthinking kerana hal ini ada kaitannya dengan hormon lelaki. Nak tahu apa? Ikuti penjelasan lanjut mengenai topik ini di bawah.

Baca juga: Soalan ‘Bocor’ Waktu Hantar Borang Nikah, Bakal Pengantin Kena Bersedia Nak Jawab

KENAPA LELAKI MUDAH TIDUR SELEPAS BERSETUBUH?

tidur selepas bersetubuh

Kajian mendapati lelaki akan mudah tidur dan mendapat tidur yang lebih berkualiti selepas bersetubuh kerana ada kaitan dengan hormon.

Semasa bersetubuh, badan mengeluarkan hormon oksitosin dan prolaktin. Hormon oksitosin diketahui mempunyai kesan yang boleh menenangkan dan mengurangkan tekanan. Manakala hormon prolaktin boleh menyebabkan rasa letih. Gabungan kedua-dua hormon ini boleh menyebabkan rasa mengantuk dan membuatkan anda tidur lebih lena.

Selain itu, penghasilan hormon tekanan juga dihalang supaya badan dan minda lebih relaks. Bukan hanya lelaki sahaja boleh mengantuk selepas senggama, wanita juga boleh berada dalam situasi yang sama.

Jadi, lelaki mudah tidur selepas melakukan hubungan seks bukanlah satu perkara yang disengajakan tetapi ia adalah kerana tindak balas semula jadi tubuh.

Untuk mengelakkan pasangan anda daripada terus tidur selepas melakukan hubungan seks, cubalah sama-sama untuk membersihkan diri. Selain dapat menahan sedikit rasa mengantuk, pembersihan selepas melakukan hubungan seks sangat bagus dan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Apabila sudah selesai mandi bersama, jangan malu-malu untuk meminta pasangan mencium dan memeluk anda sebelum tidur. Boleh juga sembang mengenai kehidupan dan meluahkan rasa cinta masing-masing bagi mengeratkan lagi kasih sayang.

Jika si suami masih mempunyai masalah yang berkaitan dengan seks, jangan teragak-agak untuk bincang dengan pakar dan dapatkan rawatan segera.

*Dengar tu isteri di luar sana, jangan cepat marah ya kalau suami cepat tidur selepas bersetubuh.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat pembaca SirapLimau.

Baca juga: Ciri-Ciri Suami Baik Menurut Pandangan Islam, Jangan Pernah Lupa Buat 6 Perkara Ini

Sumber: Alodokter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×