Suami Isteri

Guna Cara ‘Buang Luar’ Sebab Tak Nak Mengandung, Eh Tiba-Tiba Berbadan Dua Juga!

3
SHARES
PANCUT LUAR BOLEH MENGANDUNG

Tahukah anda, bahawa pancut luar boleh mengandung? Kaedah tarik sebelum pancut adalah kira-kira 80% berkesan tetapi ia bergantung kepada teknik seseorang.

Kaedah ini bukan 100% selamat dan mampu menghalang daripada kehamilan. Jadi apa punca boleh mengandung walaupun pancut di luar?

Baca juga: Ustaz Dedah Ikhtiar Hamil Guna Air Kelapa Bakar, Tak Salah Kalau Nak Cuba

PANCUT LUAR BOLEH MENGANDUNG, INI SEBABNYA

PANCUT LUAR BOLEH MENGANDUNG

Antara puncanya adalah:

1. Masa yang salah dan tidak tepat

Agak sukar untuk menentukan masa yang paling tepat untuk ejakulasi. Jika pasangan anda kurang berpengalaman ketika melakukan hubungan seksual, ini akan membuatkan mereka pancut bersama air mani di dalam faraj isteri.

Walaupun dengan pasangan berpengalaman mereka juga tidak mampu meramalkan bila akan pancut kerana gangguan seperti stres boleh membawa kepada kesilapan.

2. Cecair pra-ejakulasi mengandungi sperma

Para isteri boleh hamil walaupun suami pancut di luar kerana cecair pra-ejakulasi mungkin mengandungi sperma. Walaupun sperma tidak sebanyak di dalam air mani namun ia masih berisiko untuk mengandung.

3. Ada air mani berhampiran vulva

Air mani yang ada di atas paha dan alat kelamin juga berpontensi akan menyebabkan kehamilan.

Antara sebab pasangan sudah berkahwin menggunakan kaedah tarik keluar adalah kerana:

– Tidak tahu mengenai pil perancang, suntikan dan lain-lain.

– Tidak percaya atau takut dengan kaedah lain.

–  Tidak ada kesan sampingan berkaitan kesihatan.

– Boleh melakukan hubungan seks walaupun lupa makan pil perancang.

Sesetengah orang menggunakan kaedah tarik keluar dan beberapa kaedah lain sebagai perlindungan tambahan untuk mencegah kehamilan.

Sumber: Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×