Suami Isteri

Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini 5 Lagi Mitos Sek* Yang Anda Masih Percaya!

1
SHARES
hubungan seks suami isteri

Bila bercakap mengenai hubungan seks suami isteri, pasti ramai yang kononnya memberikan tips dan petua supaya hubungan intim tersebut berjalan dengan lancar. Namun, terdapat beberapa mitos yang masih ramai dalam kalangan kita percaya yang sebenarnya kurang tepat.

Informasi ini penting untuk dicakna khususnya bagi yang belum kahwin supaya tidak mempunyai persepsi tertentu mengenai hubungan seksual apabila sudah berkahwin. Bukan semua yang ditonton dalam filem itu benar ya!

Baca juga: Hukum Wanita Bujang Whatsapp Suami Orang, Jangan Jadi ‘Punca’ Ya!

6 MITOS TENTANG HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI, RAMAI PERCAYA LAGI!

hubungan seks suami isteri

Foto: Freepik

1.Wanita memerlukan waktu lama untuk ghairah

Ramai orang khususnya lelaki berpendapat bahawa wanita memerlukan waktu lebih lama untuk mencapai keghairahan puncak semasa hubungan seks. Namun, ada penyelidikan dari Universiti McGill membuktikan bahawa tidak ada perbezaan sama sekali dalam masa yang diperlukan antara lelaki dan wanita untuk mencapai keghairahan puncak.

2. Pil kontraseptif membunuh keinginan seksual

Menurut kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Sexual Medicine, pengambilan pil perancang tidak memberi kesan kepada dorongan seksual wanita. Satu lagi mitos tentang kontraseptif yang popular ialah kondom menjadikan seks kurang menyeronokkan.

Malah, kajian berasingan yang dijalankan oleh Universiti Indiana mendapati bahawa pasangan sebenarnya mendapat lebih keseronokan seksual apabila menggunakan kontraseptif. Ini kemungkinan besar berlaku, kerana mereka berasa kurang bimbang tentang akibat kehamilan.

3.Hubungan semasa hamil akan menyebabkan cepat bersalin

Mitos ini sangat dipercayai sehinggalah doktor sering mengingatkan pesakit untuk tidak terlalu mempercayai perkara ini. Menurut penyelidikan dari Pusat Perubatan Universiti Negeri Ohio, melakukan hubungan seks pada tarikh yang ditetapkan tidak akan menyebabkan wanita bersalin awal, tetapi sebenarnya akan melambatkan proses bersalin.

Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang aktif secara seksual dalam tiga minggu terakhir kehamilan mereka mengalami purata kehamilan 39.9 minggu berbanding wanita yang tidak melakukan hubungan seks. Ini bukanlah perbezaan yang besar, tetapi ia akan memberi tekanan kepada wanita hamil.

4.Bakar kalori

Sering dikatakan bahawa melakukan hubungan seksual selama 30 minit boleh membakar 80 hingga 300 kalori. Tetapi, dalam penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine mendakwa pasangan purata mempunyai sesi seks hanya selama enam minit sahaja. Dalam tempoh yang singkat itu, peningkatan terbesar dalam kadar denyutan jantung dan tekanan darah hanya berlaku selama kira-kira 15 saat semasa orgasme, dan dengan cepat kembali normal.

Jadi, jika kita membakar empat kalori seminit maka itu bermakna jumlah kalori yang kita bakar ialah 24 kalori sahaja.

5.Seks realiti sama dengan pornografi

Inilah apa yang dirisaukan dan boleh menyebabkan banyak tontonan pornografi. Seperti filem, seks di dalam pornografi adalah fiksyen dan dibuat untuk menghiburkan orang. Manakala seks sebenar tidak mempunyai skrip dan lebih realistik serta intim. Kerana itulah dilarang dalam Islam untuk menonton porno kerana sikap banding-membanding pasangan akan wujud.

6.Pancut luar tidak menyebabkan kehamilan

Seseorang yang menggunakan teknik pancutan luar semasa hubungan seksual iaitu menarik keluar zakar sebelum pancutan air mani masih boleh menyebabkan kehamilan. Memang ada sedikit kemungkinan sperma keluar dari zakar sebelum pancutan air mani berlaku. Namun, tidak mustahil ada cecair yang mengandungi sperma boleh keluar tanpa disedari. Jadi, ini boleh menyebabkan kehamilan pada wanita.

hubungan seks suami isteri

Foto: Freepik

*Fahamkan dengan elok mitos-mitos ini ya terutama sekali bagi anda yang belum berkahwin!

Baca juga: Ubat Kuat Untuk Suami, Guna Bawang Putih Bakar & Madu Asli

Sumber: Grid.id,

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×