Suami Isteri

Isteri Minta Cerai Sebab Suami Tak Mandi Berhari-Hari, Tak Suka Gosok Gigi…Busuk!

23
SHARES
isteri minta cerai

Terdapat banyak punca yang menyebabkan institusi rumah tangga hancur dan berakhir dengan begitu sahaja. Selain tidak mempunyai kesefahaman seperti dulu, isu kebersihan dan penampilan pasangan turut menjadi punca isteri minta cerai atau suami yang ingin mengakhiri hubungan.

Terbaharu, ada satu kisah yang dilapor Harian Metro berlaku di Ankara, Turkiye apabila seorang isteri bertindak untuk menuntut cerai daripada suaminya kerana tidak mandi dan gosok gigi. Kes yang jarang dijumpai itu meraih perhatian apabila dibicarakan di Mahkamah Keluarga ke-19 di Ankara, baru-baru ini. Memang mengejutkan!

Baca juga: Hubungan Makin Hangat Bila Guna Ramuan Ini, Cik Abang ‘Tahan Lama’ Tanpa Makan Ubat Kuat!

ISTERI MINTA CERAI SEBAB SUAMI TAK MANDI, TAK GOSOK GIGI

isteri minta cerai

Foto: Freepik

Kisahnya bermula apabila wanita itu yang menetap di Anatolia mendakwa, sebab utama perceraian itu ialah kerana suaminya tidak mandi selama berhari-hari dan menggosok gigi hanya sekali atau dua kali seminggu. Malah katanya, lelaki itu hanya menggunakan semula pakaian sama sehingga lima hari.

Sebagai seorang lelaki, mahkamah menganggap lelaki itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkahwinan mereka. Jika berlaku sebarang ketidakpuasan hati, maka sebagai seorang suami sepatutnya boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Selepas meneliti hujahan dua pihak, mahkamah membenarkan tuntutan perceraian wanita itu serta memerintahkan lelaki itu membayar 500,000 lira Turki (RM77,878) sebagai pampasan kepada bekas isterinya. Keputusan itu dianggap sah dari segi undang-undang oleh Mahkamah Keadilan Wilayah, malah mendapat kelulusan akhir daripada Jabatan Kedua Mahkamah Rayuan.

Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan memutuskan, suami itu sebagai pihak yang mengabaikan kebersihan diri dan mengeluarkan bau badan, menanggung kesalahan sepenuhnya atas keadaan yang membawa kepada perceraian, manakala isterinya didapati tidak bersalah.

Jadi jelas menunjukkan bahawa keputusan penting ini menjelaskan kepentingan kebersihan diri dalam hubungan suami isteri. Ia menjadi contoh apabila pengabaian sedemikian memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan hubungan rumah tangga. Pampasan yang diberikan sebagai komitmen mahkamah untuk menangani isu di luar alasan tradisional untuk perceraian.

isteri minta cerai

Foto: Freepik

*Jadi, wahai suami-suami semua sentiasa kena menjaga kebersihan dan wangi-wangi ya. Bukan isteri sahaja nak kena berhias untuk suami malah begitu juga sebaliknya..

Baca juga: Jangan Biasakan Tabiat Si Suami Suka Tipu Isteri, Alasan Jaga Hati Jadi Punca Rezeki Sempit!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×