Suami Isteri

Hukum Wanita Bujang Whatsapp Suami Orang, Jangan Jadi ‘Punca’ Ya!

19
SHARES
suami orang

Dalam dunia berteknologi tinggi, berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp sudah dikira sebagai keperluan wajib dalam kehidupan seharian. Malah, dalam agama Islam sendiri pun tidak mengundang sebarang masalah sehinggalah jika wanita menggunakan kemudahan ini untuk tujuan yang tidak elok seperti berkomunikasi dengan suami orang.

Memang faham tujuannya adalah untuk kerja namun kadang-kadang soal hati ini tidak boleh diduga. Maklumlah, banyak kes melibatkan pasangan suami isteri berpisah akibat curang bermula dari cara berkomunikasi dalam telefon. Jadi, khususnya buat wanita, berikut merupakan perkara penting yang perlu dijaga!

Baca juga: Ubat Kuat Untuk Suami, Guna Bawang Putih Bakar & Madu Asli

NAK WHATSAPP DENGAN SUAMI ORANG? JAGA-JAGA, JANGAN ‘LUPA DIRI’

suami orang

Tidak dapat dinafikan bahawa, untuk wanita berkomunikasi dengan orang lelaki tidak kira yang solo atau sudah berkahwin itu kadang-kadang diperlukan. Hal ini kerana, khususnya buat wanita yang bekerjaya berhubung mengenai urusan kerja amatlah penting untuk diselesaikan. Jadi, kalau rasa ada sesuatu yang perlu dibincangkan, lebih baik cari cara lain yang lebih sopan dan tak menimbulkan salah faham.

Seperti apa yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus, berinteraksi secara hadapan ataupun dalam telefon memerlukan wanita dan lelaki melaksanakannya dalam keadaan bertanggungjawab, ada adab dan hormati privasi orang lain.  Oleh itu, kalau perlu berkomunikasi tanpa menimbulkan sebarang masalah, anda kena buat macam ini:

1.Hanya untuk keperluan penting. Kalau ada hal yang benar – benar perlu, baru boleh mesej suami orang. Contohnya, soal kerja atau keadaan darurat.

2.Pendek dan padat. Pesan yang kita kirim harus langsung ke tujuan, tanpa ayat berbunga-bunga yang berlebihan.

3.Hindari mesej di waktu yang tidak sesuai seperti waktu malam.

4.Tidak berbincang mengenai hal peribadi seperti makanan kesukaan atau aktiviti apa yang tengah dilakukan ketika itu.

5.Utamakan komunikasi terbuka dengan pasangan sendiri. Sebelum mengadu atau cerita apa pun kepada suami orang lain, lebih baik bicarakan dulu dengan pasangan kita.

6.Gunakan salam penghormatan apabila memulakan dan mengakhiri perbualan; ini menunjukkan bahawa kita menghargai dia sebagai individu yang sudah berkeluarga.

7.Pastikan pasangannya tahu bahawa kita sedang berkomunikasi dengan dia. Sifat terus terang sangat penting untuk menjaga hubungan baik antara semua pihak.

Apa yang perlu dielakkan adalah kesan negatif berkomunikasi dengan suami orang melalui WhatsApp adalah boleh menimbulkan fitnah dan cemburu. Mesej-mesej yang disalahertikan boleh menghancurkan kepercayaan dalam perkahwinan. Adat dan hukum menasihatkan agar kita menjaga batasan agar tidak berlaku mesej yang disalaherti sebagai tanda kurang hormat terhadap pasangan orang lain.

Hukum berkomunikasi dengan suami orang melalui WhatsApp adalah sangat tidak digalakkan dalam Islam. Sebagai wanita, kita perlu menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, memastikan semua komunikasi, termasuk di aplikasi WhatsApp.

suami orang

*Ingat, kalau salah satu pihak tidak ‘melayan’ pasti tidak akan berlaku hal curang-curang ini kan?

Baca juga: Pastikan Dalam Rumah Tangga Tiada 5 Tanda Ini, Kalau Tak…Anda Dalam BAHAYA!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus, WanitaModen

Foto: lifewire

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×