Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Menyesal Tak Dengar Cakap Mak…” Terjerat Minyak Pengasih Suami Orang & Disihir Madu, Adik Cerita Kisah Arwah Kakak Berakhir Tragis

minyak pengasih

“Menyesal tak dengar cakap mak…,” itu antara luahan paling menyentuh hati seorang wanita ketika berkongsi kisah arwah kakaknya yang didakwa terjerat dengan minyak pengasih sehingga hidupnya berubah sepenuhnya selepas berkahwin dengan suami orang.

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita tersebut tampil berkongsi pengalaman pahit keluarga mereka dengan harapan ia dapat dijadikan iktibar oleh masyarakat, khususnya buat mereka yang berdepan hubungan poligami.

Baca juga: Ada Beza Sampai 23 Tahun, 5 Pasangan Selebriti Ini Bukti Age Gap Bukan Halangan Untuk Sweet Bersemut!

TERJERAT MINYAK PENGASIH, ARWAH KAKAK BERAKHIR TRAGIS

minyak pengasih

Gambar hiasan: Gemini AI

Menurut wanita itu, arwah kakaknya yang dipanggil Kaklong dikatakan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan suami orang.

“Dia ni degil, nak sangat kahwin dengan laki orang. Umur baru 30 tahun, tapi dia risau sebab aku anak nombor empat dah kahwin dan dah ada seorang anak,” kongsinya.

Tambahnya, kakaknya kemudian berkenalan dengan seorang lelaki berstatus suami orang di tempat kerja. Pada awalnya, lelaki tersebut dilihat memiliki ciri-ciri yang baik dan keluarga lelaki itu juga kelihatan seperti menerima keadaan tersebut.

“Lelaki itu green flag lah pada pandangan kakak aku, anak-anak semua dijaga elok, isteri pertama pun okey saja dan dah bagi izin.

“Rupanya lelaki tu guna ubat pengasih. Sebelum kakak aku tak ada, dia tersedar weh. Dia menangis sebab menyesal tak dengar cakap mak aku,” dakwanya.

Baca juga: “Ingat Pakai K*ndom Dah Selamat” – Lelaki Dijangkiti Ketuat Kelamin Selepas Ke Rumah Urut, Perkahwinan 12 Tahun Musnah

Kehidupan bermadu Kaklong mula jadi sukar

Menurut wanita berkenaan, selepas perkahwinan berlangsung, kehidupan kakaknya didakwa mula berdepan pelbagai konflik terutama membabitkan hubungan dengan madu yang merupakan seorang doktor.

“Haa, bermulalah episod duka lara kisah bermadu kakak aku. Isteri pertama rupanya setuju di mulut dan atas kertas saja, tapi dalam hati macam setan.

“Pernah kakak aku kena lempang weh dengan doktor tu. Mak aku pun tak pernah cubit anak sendiri. Aku sendiri jadi saksi mereka bergaduh di tempat awam,” ceritanya lagi.

Dia turut mendakwa keadaan semakin mencabar apabila timbul pelbagai perselisihan terutama ketika giliran kakaknya bersama suami.

“Mula la dia main jiwa, selalu giliran kakak aku dia buat hal. Malam-malam lelaki tu kena balik rumah isteri sana.

“Kesian juga dekat kakak aku. Dia mengandung asyik gugur, kemalangan, masuk hospital, kereta hancur, macam-macam hal jadi,” katanya.

minyak pengasih

Gambar hiasan: Gemini AI

Kesihatan arwah mula merosot selepas bersalin

Lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa keadaan kesihatan arwah kakaknya mula berubah selepas melahirkan anak sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

“Kemudian masa kakak aku bersalin, dia mula jatuh sakit weh. Terus tak boleh berjalan dan duduk atas kerusi roda. Pergi hospital pun doktor kata tak ada sakit apa-apa,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, keadaan fizikal arwah semakin merosot apabila tubuh menjadi terlalu kurus dan sering mengadu sakit sehingga terpaksa mendapatkan rawatan pelbagai pihak.

“Lepas itu tubuh dia mula kurus tinggal tulang. Asyik sakit dan selalu minta diurut. Berubat sana sini, duit dah banyak habis, tapi dia tak mengalah,” ujarnya.

Dalam masa sama, wanita itu berkongsi bahawa seorang pengamal perubatan memberitahu arwah kakaknya menjadi mangsa perbuatan sihir.

“Satu hari, seorang pak cik pengamal perubatan tu kata dia ada seminggu saja lagi untuk hidup. Marah la kakak aku. Katanya orang buat dia guna anak patung cucuk-cucuk sampai dia lumpuh,” dedahnya lagi.

Baca juga: “Saya Nak Tengok Seorang Diri Bila Dia Tak Ada Di Sisi”- Ini Hukum Rakam Video Hubungan Intim Suami Isteri!

Simpan penyesalan tak sempat tunaikan permintaan terakhir arwah kakak

Perkara paling sukar dilupakan buat wanita itu adalah sehari sebelum pemergian kakaknya apabila arwah dikatakan mahu bertemu anaknya.

“Sehari sebelum dia meninggal, dia nak jumpa anak dia sebab masa tu dia berada di tempat lain untuk berubat.

“Aku tengah mengandung dan tak boleh memandu malam-malam sangat, jadi aku cakap tunggu esok sajalah. Sekali pagi tu, sebelum Subuh dia dah tiada. Menyesal gila aku tak bawa anak dia jumpa malam itu,” luahnya.

Kini, anak arwah sudah besar dan difahamkan dijaga oleh ibu mereka.

Mengakhiri perkongsiannya, wanita itu berharap kisah arwah kakaknya dapat dijadikan iktibar khususnya kepada mereka yang ingin hidup bermadu.

“Semoga jadi pengajaran dan ambil iktibar untuk sesiapa yang nak bermadu. Jangan main sihir, benda haram,” tutupnya.

Sumber: Threads

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×