Euforia Bola 2026
Famili

“Aduhhh Mesti Pijar”- Didakwa Jadi Orang Ketiga, Wanita Ini Diserbu & Dilumur Sambal Dalam Video Viral!

dilumur sambal

Sebuah video memaparkan seorang wanita menjadi sasaran sekumpulan individu selepas didakwa mempunyai hubungan dengan suami orang tular di media sosial. Rakaman itu turut menunjukkan wanita berkenaan dilumur sambal pada beberapa bahagian tubuhnya.

Baca juga: Tok Siak & ‘Cleaner’ Ngaku Salah Cuba Zina Dalam Bilik Jenazah, Hakim Tegur “Nasib Baik Tak Jadi Jenazah”

TUBUH WANITA DILUMUR SAMBAL, DIDAKWA JADI ORANG KETIGA

dilumur sambal

Detik Jatim: Tangkap layar dari video yang tular.

Wanita didakwa jadi orang ketiga

Berdasarkan naratif yang dikongsikan warga maya, wanita terbabit didakwa merupakan orang ketiga dalam hubungan seorang lelaki dengan isterinya.

Dia dipercayai diserbu sekumpulan wanita yang didakwa terdiri daripada ahli keluarga, termasuk isteri kepada lelaki berkenaan.

Dalam rakaman tersebut, beberapa individu dilihat mengerumuni wanita berkenaan sebelum cuba menanggalkan pakaiannya.

Mereka kemudiannya melakukan tindakan yang didakwa bertujuan mengaibkan wanita itu apabila bahan seperti sambal dilumurkan pada beberapa bahagian tubuhnya.

Lelaki yang didakwa mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan turut berada di lokasi.

Rakaman sama menunjukkan lelaki tersebut terlibat dalam pertengkaran dengan seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Baca juga: Anak Hanya Semeter Dari Perahu Saksikan Ibu Disambar Buaya, Reptilia Lepaskan Mangsa Selepas Dikepung!

dilumur sambal

Gambar Tribun Jatim Network/Istimewa: Tangkap layar dari video yang tular.

Ketua Seksi Perhubungan Awam Polres Sampang, AKP Eko Puji Waluyo mengesahkan pihaknya mengetahui mengenai video berkenaan yang sedang tersebar dan mendapat perhatian ramai di media sosial.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak berkuasa belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai kejadian tersebut. Motif sebenar insiden itu juga masih belum dapat dipastikan.

Ini bermakna dakwaan yang mengaitkan wanita berkenaan dengan hubungan sulit bersama suami orang masih berdasarkan naratif yang disebarkan pengguna media sosial dan belum disahkan pihak berkuasa.

Terdahulu, kejadian dipercayai berlaku di Kecamatan Ketapang, Kabupaten Sampang, Madura, Jawa Timur, Indonesia, berdasarkan maklumat yang tersebar bersama video tersebut.

Video berkenaan terus mendapat perhatian warga maya kerana memaparkan tindakan sekumpulan individu terhadap wanita terbabit, termasuk ketika dia dilihat dilumur sambal.

Pada masa sama, perkembangan lanjut mengenai kejadian masih bergantung kepada siasatan atau laporan rasmi daripada pihak terlibat.

Baca juga: Tampar Pelajar 4 Kali Dari Belakang Hingga Pendengaran Terjejas, Guru Diarah Bayar Ganti Rugi RM88,069

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Kamaluddin (Detik Jatim)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×