Suami Isteri

Azlan Komeng Dedah Isteri Teruk Disihir, Kandungan Bayi Kembar 8 Bulan Hilang & Keluar Anak Ular!

18
SHARES
ceritera perkahwinan

Situasi manis dan pahit di antara pasangan suami isteri sudah menjadi seperti darah daging yang mengalir dalam sesebuah alam perkahwinan. Sebagaimana dengan kempen Masam Masam Manis anjuran Sirap Limau yang kini sedang berlangsung, terdapat banyak ceritera perkahwinan yang penuh dengan kebahagiaan, perjuangan, nilai murni dan pengajaran yang cuba disampaikan kepada para pembaca.

Baru-baru ini, saluran YouTube Sirap Limau telah memuat naik video temu bual eksklusif bersama seorang pelakon dan pelagak ngeri Malaysia yang dikenali sebagai Azlan Komeng dan pasangannya Nur Nilam Ortiz melalui kandungan Podcast Realiti.

Baca juga: Ternyata Dapat Suami Rendah Itu Satu Rahmat & Katanya Isteri Murah Rezeki, Ini Yang Makin Sayang!

CERITERA PERKAHWINAN AZLAN KOMENG & NILAM ORTIZ

ceritera perkahwinan

Gambar Podcast Realiti: Azlan Komeng

Antara inti pati video yang meninggalkan kesan kepada orang ramai adalah berkenaan dendam kesumat dan sihir pemisah yang dipercayai dilakukan oleh bekas kekasih Azlan sehingga meragut nyawa anak kepada pasangan suami isteri ini sebanyak dua kali.

Disihir hingga keluar anak ular semasa hamil bayi kembar usia 8 bulan 

Perkahwinan mereka diduga dengan ujian berat saat menghamilkan anak pertama yang ketika itu kandungan sudah berusia lapan bulan. Lebih menyedihkan, Nilam sedang mengandungkan bayi kembar.

“Ketika itu akak mengandung 8 bulan dan menunggu tarikh untuk bersalin. Tapi buatan orang itu sudah mula masa kandungan usia 6 bulan. Saya rasa macam-macam sampai ada keluar anak ular (di bahagian bawah)

“Satu hari itu, saya bangun sudah tak ada apa-apa. Perut dah kempis,” ujar Nilam.

Perut kembali besar pada malam terakhir sebelum bayi mereka pergi selama-lamanya

ceritera perkahwinan

Gambar podcast realiti: Nilam Ortiz

“Usia kandungan 6 bulan itu, sihir dah ada bayi kejap ada kejap hilang. Kadang perut naik dan kadang tak naik, kadang Nilam boleh rasa nadi, pergerakan bayi.

“Kami pergi scan dan dapati anak kembar sepasang. Jadi, lama-kelamaan dia (bayi) hilang tapi sampul (kantung) masih ada, lama-kelamaan sampul dah tiada tapi nadi masih ada,” tambah Azlan ketika ditemui kru Sirap Limau di Batu Pahat.

Menurut Azlan, pada malam terakhir sebelum bayi mereka betul-betul sudah tiada, perut isterinya membesar semula seperti orang normal yang hamil dan mengidam teringin makan asam.

“Setelah dia dapat makan asam, saya tanya Nilam adakah dia rasa anak kami ada? Kemudian, Nilam cakap dia dapat rasa ini malam terakhir anak mereka ada.

“Dan betul, apabila bangun keesokan paginya, perut Nilam normal tiada nadi tiada bekas tiada apa,” kata Azlan.

Baca juga: Awas, Suka Samakan Tubuh Isteri Dengan Wanita Lain, Suami Boleh Jatuh ZIHAR & Kena Kafarah!

Hamil kali kedua juga disihir

Apa yang mengejutkan, pada pagi yang sama Nilam mendapat mesej daripada seseorang yang menyatakan bahawa anaknya telah tiada dengan bahasa yang kasar.

Dendam kesumat si pelaku ternyata tidak berhenti di situ. Di mana, situasi yang sama turut berlaku sewaktu Nilam sedang hamil buat kali kedua sehingga mereka berdua kehilangan zuriat itu.

“Lepas anak saya jatuh (gugur)…dia hantar mesej, mampus lagi anak kau,” cerita Azlan.

Malah, video berdurasi hampir 3 jam itu turut menceritakan kondisi Nilam apabila disihir. Selain keluar anak ular semasa membuang air kecil, terdapat juga tanah kubur bercampur ulat mayat, jarum peniti dan berdarah.

Ketahui lebih lanjut ceritera perkahwinan Azlan Komeng dan Nilam Ortiz di bawah.

Baca juga: Lepas Pasangan Meninggal Dunia, Lelaki Ramai Kahwin Lain Tapi Wanita Jarang, Ustaz Kata Ini Sebabnya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×