Nur

Lepas Pasangan Meninggal Dunia, Lelaki Ramai Kahwin Lain Tapi Wanita Jarang, Ustaz Kata Ini Sebabnya!

2
SHARES
fitrah manusia

Selepas isteri meninggal dunia, kebanyakan lelaki akan berkahwin lain. Namun, situasi ini jarang berlaku kepada wanita yang kematian suaminya. Rupanya fitrah manusia bernama lelaki dan wanita itu berbeza, menurut kata seorang ustaz ini.

Di mana, lelaki tidak mampu hidup sendirian setelah kehilangan pasangannya, wanita adalah sebaliknya. Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian menarik dari Aqilah Nor di bawah ini.

Baca juga: Sebelum Isteri Menyesal & Menangis Di Bucu Katil, Peguam Kongsi 5 Tips Bagi Pinjam Duit Kepada Suami!

FITRAH MANUSIA BERNAMA LELAKI & WANITA

fitrah manusia

Gambar: jomkahwin4u

Saya pernah mendengar satu ulasan ustaz, tak ingat dah dekat mana dan siapa.

Kenapa biasanya, kalau suami meninggal dunia isteri ini jarang kahwin lain, orang kata setia sampai ke akhir hayat. Melainkan, ada sebab tertentu yang membuatkan isteri itu TERPAKSA berkahwin semula.

Tapi kenapa pula kalau isteri dah meninggal, ramai sahaja orang lelaki berkahwin yang lain. Payah nak jumpa yang tak kahwin lain.

Baca juga: Sirap Limau Lancar Kempen ‘Masam Masam Manis’ & Menangi Hadiah Mingguan Melalui Cabaran Foto!

Sebab ramai lelaki berkahwin tetapi wanita jarang apabila pasangan meninggal dunia

Ini apa yang saya faham dari ulasan ustaz.

Lelaki ini fitrah dia adalah perempuan sebab itu untuk lelaki, Allah selalu menawarkan bidadari di syurga.

Sampai ada orang perempuan tak puas hati, kenapa lelaki sahaja dapat ‘offer’ bidadari. Orang perempuan tak ada ke bidadara?

Sebab Allah itu Maha Tahu lah, Dia tahu dan faham sangat fitrah wanita ini bukan kepada lelaki sangat.

Perempuan ini, fitrah dia material. Dia kalau dah sampai di syurga, kalau boleh nak relaks habis sebab atas dunia dah banyak berkorban masa, tenaga, emosi untuk suami.

Baca juga: Banyakkan REDHA Dalam Perkahwinan, Tak Semua Perkara Berlaku Ikut Kehendak & ‘KPI’ Diinginkan!

Yang orang perempuan nak gunung emas, nak berlian, nak sutera, nak cantik kulit mulus bagai, nak rupa paras elok, nak travel, nak duduk istana 10 tingkat, nak duduk bersembang sesama mereka sambil menikmati desert termewah, nak Me-Time sambil buat apa yang paling dia suka.

Tak mahu dah muka bertepek bedak sejuk, berbaju kelawar lusuh, badan berbau kari, bawang. Tak mahu perut gelebeh, tak mahu eyebag.

Begitulah berbezanya lelaki dan wanita. Perbezaan yang saling melengkapkan.

-Secawan kopi pekat bersama secubit garam-

Baca juga: Cara Mohon Perceraian Jika Suami Berzina, Bukti Gambar Mungkin ‘Tak Laku’ Di Mahkamah!

Sumber: Aqilah Nor

FT Image: Thinkstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×